“Betul ke ni you resign sebab you nak buat insurans?. Kalau you resign sebab marah dengan seseorang,tak suka dengan seseorang, sakit hati dengan seseorang, you know it is really not a wise decision?”
Petang itu maman berpeluang untuk bercakap-cakap dengan COO dan beliau menyuarakan pendapat beliau seperti diatas tetang hasrat maman ini. Beberapa hari ini, maman juga mendengar rumours mengatakan COO mendapat remarks buruk pasal maman ekoran daripada seluruh episod berhenti kerja ini. Namun sebaliknya, daripada perbualan petang itu tidaklah setegang yang maman sangkakan.
Beliau juga ada menyatakan tetang kerugian yang bakal maman tanggung dari segi pengalaman bekerja di private sector yang belum cukup, yang mana jika satu hari nanti maman ingin kembali bekerja di private, maman kena bermula semula dari bawah. Tentunya dibandingkan dengan rakan sejawat yang lain, mereka mempunyai kelebihan kerana resume mereka lebih cantik dengan kronologi pengalaman kerja yang konsisten.
Sekali pandang, menceburkan diri dalam dunia sales pun maman bermula dari bawah. Ini bermakna dalam usia maman yang sudah mahu kearah 3 series ini, maman sebenarnya masih belum mempunyai kepuasan bekerja. Pendapatan tetap itu ya maman boleh perolehi, tetapi dari segi kepuasan bekerja dan time freedom, maman tidak perolehinya.
Dunia sales memberi peluang untuk anda dapat tentukan sendiri income yang anda mahu disamping anda adalah bos kepada diri anda sendiri. Masa adalah milik anda, pandai-pandailah uruskan. Pengalaman bekerja dengan bos dan bekerja sendiri tentulah berbeza. Bagi maman, satu kepuasan bila maman boleh tentukan sendiri apa yang maman mahu lakukan pada esok hari. Hidup akan menjadi seperti seorang pengarang kerana anda yang menentukan apa yang akan terjadi di lembaran seterusnya kepada cerita yang anda sendiri tulis.
“I tak faham budak-budak zaman sekarang ni, they all ni kerja bukan macam we all dulu-dulu. Dulu, kalau tak suka kerja yang I buat pun, i buat juga sebab I tahu the experience yang I dapat important untuk I naik to another level. I hairan la budak-budak zaman sekarang ni diaorg lebih suka buat kerja apa yang dia suka”
Which is maman rasa statement COO maman ini benar. Banyak contoh budak-budak muda yang maman kenal, berani mengambil risiko bekerja sendiri melakukan apa yang mereka suka. Bagi generasi ini, mendapat imbuhan dengan melakukan perkara yang mereka suka lakukan mempunyai satu kepuasan tersendiri. Yang mana in a way, maman pun setuju.
Lagipun bukankah ini semua adalah pilihan? there are No right or wrong choice, only lesson learned. Our future is 100% depend on us.
***
Waktu zohor, ada majlis membaca yassin di surau sebagai menyambut kedatangan Ramadhan. Ada rakan sejawat daripada unit lain mula bertanya soalan-soalan berkaitan insurans dengan maman. Maklumlah, dah ramai yang mula tahu maman bakal buat apa nanti.
“Say ko nak ambil plan insurans atau education plan untuk anak ko, kalau ko di bagi pilihan ambil daripada agen full time atau agen part time, yang mana ko rasa akan berikan servis yang lebih baik?”
“Of course la agen full time..” jawabnya.
“That whylah aku turn full time, sebab it is time untuk aku improve and can give better service to my client”
Dia mengangguk faham sambil berkata “tu la.. baik aku ambik dengan ko kan..”
Dalam waktu yang sama, maman juga menerima pertanyaan daripada seorang lagi officemate tentang education plan untuk anakya yang baru lahir.
Dalam keserabutan nak berhenti ini, nampaknya ada juga petunjuk positif. Pada mulanya maman mahu rahsiakan akan bekerja sebagai penasihat insurans sebab takut pada reaksi negatif orang ramai. Maklumlah kalau sebut insurans agent je ramai yang akan melarikan diri. Namun begitu, sebenarnya ada baiknya juga rahsia ini terbongkar.
P/S: Maman mengucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menghayati Ramadhan kepada semua.