May 03 2009
Babi bukan hanya pada selsema
Dear blog,
Bagaimana selsema babi boleh mendapat namanya maman kurang pasti. Tapi yang penting perkataan babi kini digunakan dimana-mana sehinggalah di masjid. Jumaat lepas semasa khutbah Jumaat di sebuah masjid di Seri Kembangan, imam menggalakkan jemaah elak daripada babi dan semua yang berkaitan dengan binatang ini untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan selsema babi (walaupun babi bukanlah hanay punca penyakit ini, ia juga berjangkit person to person).
Namun begitu, babi rupanya sesuai juga diguna pakai di banyak keadaan seperti berikut;
Tahu kan macamana perasaannya bila dah bercuti lama kemudian terpaksa kerja semula? Babi kan?
Bila rutin sudah lari dari landasan, maka banyak yang kena adjust semula. Masalahnya, piung-piung mood holiday masih bersisa. then how?
Kembali di KL je, my laptop tak boleh nak pakai. White Screen. Kaput already. Semua kerja terbengkalai. Payment for my clients pun tak boleh nak buat. Mujurlah ada netbook yang maman boleh gunakan untuk buat quotation dan presentation kepada klien jumaat lalu. Maman kurang biasa menggunakannya kerana saiznya yang sangat kecil membuatkan jari-jari runcing ini selalu tertekan key yang salah semasa menaip. Jadi lambat pula. Sabtu lepas, pulang sahaja dari Felda Jengka, maman terus hantar laptop tu Ke kedai komputer rakan di Maju Junction. Tadi member tu called, my laptop tak boleh pulih walaupun sudah reformat. Kena hantar di Acer service Center di Berjaya Time Square.
di BTS, kata si Customer Service “Untuk inspection laptop you kita charge RM50″. Kemudian Rabu ni baru dia akan bagi quotation berapa jumlah yang perlu ditanggung kerana Warranty sudah tamat. Kalau motherboard rosak dlm lingkunngan RM700. kalau tidak RM300.
Babi kan?
Yang penting, tak dapatlah nak update facebook/blog dengan gambar-gambar percutian yang DSLR tu.
Dear blog,
Imbas kembali, Selepas dari kerja luar di JB tempohari, maman berkesempatan untuk makan angin di Singapura. Memang asyik. Menyelusuri setiap inci pelosok Singapura dalam masa dua hari mungkin satu perkara yang mustahil, namun rakan warga Singapura kami, Ben (juga selaku tour guide rasmi merangkap juga jurufoto rasmi) bijak membawa kami ke lokasi-lokasi paling menarik yang menterjamahkan Uniknya Singapura!. Selain dari keluar masuk banyak pusat membeli belah, HarbourFront, Pulau Sentosa, Mount Faber, Bugis Street, Chinatown, Singapore River dan Merlion adalah antara landmark yang telah kami jejaki.
Ironinya, kota ini yang mempunyai banyak kaitan dengan Malaysia dari segi sejarahnya membangun menjadi sebuah kota yang semamangnya berbeza dengan negara kita. Even, perkhidmatan MRT nya juga ketara lebih mudah bagi maman jika dibuat perbandingan. Belum lagi kita nak cerita tentang Sampah? Mat Rempit? Displin? . Maman kira mat rempit kita tentu tak betah hidup di Singapura. Berbanding dengan Malaysia, mereka boleh merempit berleluasa sehingga ke Istana Budaya.
Dollar Singapore (SGD) lebih mahal dari Ringgit Malaysia (RM). Walaupun begitu, terdapat barangan yang masih jauh lebih murah berbanding yang terdapat di negara kita walaupun dalam nilai SGD. Oleh kerana niat makan angin kali ini bukan untuk membeli belah, maman tidaklah galak bershopping. Hanya membeli haruman DKNY dan CK sebagai buah tangan. Mungkin lain kali semasa End year Sale Singapore maman akan berkunjung lagi. Tetapi kali ini memadai hanya membeli-belah tingkap sahaja dahulu.
Hajat dihati mahu melihat Singapore lebih dekat lagi tetapi masa tidak mengizinkan. Dengan hajat yang masih bersisa ini, pastinya Singapura bakal menggamit maman sekali lagi nanti.
Thanks a lot to Ben and khai. See you again next time.




