Apr 05 2009
Asam Pedas MELAKA Sejati

Maman kadang-kadang tak faham business model mana yang kedai makan ni gunapakai. Kedai Asam Pedas Melaka Sejati yang lokasinya agak strategik di Kampung Pandan Tambahan ini memang selalu maman perhatikan. Apa yang menarik pasal kedai ini bagi maman adalah BUSINESS HOUR dia. Adakah ini strategi baru??
Kedai yang dibina di tepi jalan kawasan yang maman gelarkan Little Jakarta ini mempunyai waktu berniaga yang tidak menentu. Mungkin ingin menyamakan dengan keadaan ekonomi yang juga tidak menentu.
Memandangkan jalan ini adalah laluan utama maman, maka operasi kedai ini memang tidak terlepas dari pemerhatian maman. Apa yang menariknya, kedai makan ini lebih kerap TUTUP daripada BUKA. Adakah ini disengajakan dengan membiarkan pelanggan tertanya-tanya setiap hari samada kedai buka atau tidak untuk hari tersebut. Lantas terus menyerbu bila sahaja jika ia membuka kedainya?
Macam blog inilah. Lately lebih kerap TAK update daripada update. Lebih kurang samalah kan tu strateginye..
Malam ini maman perasan kedai ini BUKA. Ini sudah satu kejutan. Tanpa membuang masa, maman singgah untuk merasa makan malam disitu. Memasuki kedai makan itu, suasananya sudah tidak seperti setahun yang lalu. Banyak perubahan here and there. tetapi , yang dulu sebenarnya lebih ceria dan cozy.
Asam pedas yang dihidangkan pun sudah tidak sesedap dulu walaupun harganya masih sama macam dahulu.
Dan sebut pasal harga perhatikan tulisan HARGA, adakah ini pun strategi juga. Ko nak bagi Harga atau Hadiah?.




