Archive for April 17th, 2009

Apr 17 2009

BJ di JB! (BJ=Bertugas sambil berjalan)

Published by under Dear Diary

Dear Dairy,

Celik-celik mata je dari tidur yang lena hari ini maman dah terbayangkan client yang sorang ni. Hari ini cek Health Claim anak dia akan keluar RM2400 lebih. Jadi kena collect dan pass ke dia pagi ini juga kerana hari ini kena bertolak ke JB. Maman budget semuanya akan berjalan lancar dan dapat bertolak ke JB dalam jam 11.00 pgi jika maman bergegas ke Great Eastern ambil cek, kemudian sementalah dah sampai GE, boleh cepat-cepat minta tolong ICT installkan perisian Gelsis dalam netbook, kemudian bergegas ke Jalan Sultan Ismail serah cek kepada client sebelum bergegas pula ke JB kerana sudah janji akan sampai jam 5.00 petang. tapi kena pantas sikit sebab baju tak packing lagi!.

Walaupun terpaksa menunggu nombor untuk ambil cek, terpaksa turun ke kaunter untuk bayar duit CD sebelum ICT boleh installkan software Gelsis dan terpaksa meredah kesesakkan lalulintas yang maha menguji kesabaran di Jalan Sultan Ismail, maman dapat berjumpa dengan client jam 10.45.

Lega rasanya satu tugas penting sudah selesai. Selagi kes claim ni tak sudah, maman memang tak senang duduk. Sekarang bolehlah maman menarik nafas lega dan masih boleh bertolak ke JB sebelum tengahari kerana jam baru menunjukkan angka 11.00 pagi. Maman bergegas bayar AutoParking yang sejam RM3.50 tu dan terus berlari-lari anak ke level B4 tempat maman park kereta.

Tetapi, kita hanya merancang. Nafas kelegaan itu tiba-tiba seperti tersangkut bila maman mendapati kereta maman di CLAMP!.

Aduih. Ada je godaan bila nak cepat ni. Tegang!

“You tahu? …” Kata penjaga parking kap lam ya nga tu.

manalah aku tahu, ting tong ape dia ni (dalam hati aku).

“You tahu tak you parking tempat DIRECTOR of this one company kat level 8?” sambungnye.

ada aku kesah…  (dalam hati jer. hehe). dah kau tulis VISITOR PARK AT LEVEL B4, then yang kau bagi dia reserve kat situ apasal?

Lagi hebat apabila penjaga parking itu suruh bayar RM50 untuk bukak clamp. Taktahulah kenapa maman memang betul la allegic dengan parking lately. Proses nak negotiate dah makan 1/2 jam. Memang maman tak bawak duit pun pada waktu tu. Dalam tangan cuma ada RM6.50 (Tupun baki duit parking sebab maman bayar RM10.00)

Yang maman hairan, si penjaga parking tetap juga nak duit RM6.50 tu. Mungkin dalam hati dia berkata ‘its better than nothing”. Kat KL ni, susah macmana pun anda, pasti ada je lintah darat yang nak sedut duit anda.

Akibatnye, bertolak ke JB pun lambat dari masa yang sepatutnya, sampai JB sudah sedikit petang. Seperti yang maman sangka dari awal, JB menyambut kedatangan maman dengan kesesakan lalulintasnya yang tak tumpah seperti di Jalan Sultan Ismail dan jalan-jalannya yang MUDAH SESAT. Namun begitu, dengan semua pancaroba ini mujur sampai tidak lambat sangat. Sebelum check in, one of my friend ajak makan di Singgah Selalu. Nice tempat makan ini. Happening!. Definately will go for second and third round lepas ini.

Semasa maman menaip ni sudah berbaring-baringan dihotel. Penat betul rasanya hari ini.

Good night!

One response so far