Mar 01 2009
MISTERI PARKING RM50
Berapa ringgit anda sangup bayar kepada penjaga parking untuk anda menonton wayang?
RM3 sejam?
RM2.50 sejam?
atau RM50.00 untuk 3 jam?
Berapakah pula harga yang anda sangup bayar kerana kekurangan diri anda?. Bagi mereka yang ada tabiat LUPA. Cerita maman ini mungkin menjadi sedikit iktibar.
Hayatilah… MISTERI PARKING RM50
Seperti insan biasa yang lain, menonton wayang pada hari minggu adalah antara salah satu aktiviti yang menyeronokkan selain daripada tidur dan membasuh baju.
Apatah lagi jika anda membawa budak-budak menonton filem GENG Pengembaraan Bermula di Pavillion Kuala Lumpur.
Filem kanak-kanak ini yang berjaya mengembalikan memori zaman kanak-kanak maman yang suka membaca kisah siri penyiasatan Enid Blyton, Hardy Boy dan Nancy Drew itu. Jika diimbas kembali, pelbagai tajuk misteri maman telah baca dan kebiasaannya diakhir cerita terbongkarlah misteri yang rupanya-rupanya mereka ini adalah penjahat yang terpaksa akur dengan kebijaksanaan sekumpulanan kanak-kanak pintar ini.
Secara ringakasnya begitulah filem GENG Pengembaraan Bermula cuba disampaikan. Sedikit sebanyak eleman 3D menjadikan jalan cerita diolah kreatif dengan adegan-adegan yang menarik sekaligus menyuntik rasa suspen, misteri dan meneroka imaginasi penonton yang sebahagian besarnya adalah kanak-kanak bersama keluarga mereka. Maka tidak hairanlah jika cerita kanak-kanak seperti ini boleh pecah panggung. Apa tidaknya, jika si abang yang mahu tonton cerita ini, ia akan menyebabkan satu keluarga terpaksa ke panggung.
Kononnya bijak, (seperti kumpulan kanak-kanak pintar Hardy Boy itu) maman cuba untuk mengelak parking yang mahal dengan meletakkan mobil maman di parkinng Menara Standard Charted yang bersebelahan Pavillion. Disini maman hanya perlu bayar sekali masuk RM2.50 (sbb ahli California Fitness) sahaja.
Setelah memuji diri sendiri yang telah berjaya menghabiskan masa berjam-jam di Pavillion tetapi hanya membayar RM2.50 sahaja untuk parking, maman pun dengan girangnya membawa famili ke kereta yang maman park tingkat 7.
Setibanya dikereta, maman terkejut apabila mendapati tiket parking tertinggal di mesin Auto Pay.
Walaubagaimanapun, usaha maman bergegas ke mesin Auto Pay semula tidak membuahkan hasil kerana tiket parking itu telah diambil orang.
Apa kejadah manusia KL ni suka mengambil barang yang BUKAN HAK mereka??
Akhirnya parking yang sepatutnya murah menjadi PARKING TERMAHAL kerana syarikat parking kereta charge RM50 sebagai hilang tiket. Jadi, semua bernilai RM52.50
Setelah menyumpah seranah secukup rasa, maman rasa ada satu sindiket parking yang sepatutnya kanak-kanak ini siasat..
ayuh geng, kita mulakan penyisatan kita…….



