Archive for March, 2009

Mar 22 2009

We can wait. But Time will NOT

Published by maman under CurHatKu

Di rumah flat ini, kalau tv tidak dihidupkan. Jika komputer tidak dipasang, jika lagu tidak dimainkan. Jika hanya sepi dibiarkan menyelubungi. Hanya bunyi kipas berputar dapat didengar.  Sambil minum teh, maman akan boleh mendengar burung berkicau di jendela. Tenang.

Seolah-olah masa berhenti berjalan. Jarang dapat menikmati saat-saat seperti ini kerana jadual harian yang tidak pernah sunyi dengan bermacam-macam aktiviti.

Walaupun kadang-kadang kita letih asyik terkejar-kejar seperti bertarung dalam satu perlumbaan masa, realitinya masa tetap berdetik. Ianya tetap berjalan. Jika ia adalah perlumbaan, masa selalunya akan menang. Kita biasanya akan tewas.

Tetapi ada masanya, maman merasakan kehidupan ini seolah-olah terhenti. Seperti maman berhenti membaca novel di pertengahan cerita tanpa menghabiskannya. Atau seolah-olah maman menekan punat PAUSE ketika menonton DVD.

Pada ketika ini, diri terasa tidak produktif. Maman merasakan tidak melangkah kemana-mana. Tiada perkembangan yang positif. Statik. Semua yang diusahakan seolah-olah bertemu jalan buntu. Sepertinya mahu menjerit “baik tidak perlu dimulakan pada awalnya!”.

Pun begitu, manisnya waktu-waktu seperti ini adalah untuk hanya menikmatinya. Kerana masa seperti ini sesuai untuk bermuhasabah diri. Juga untuk berhadapan dengan satu kenyataan yang pahit untuk diterima iaitu esok hari Isnin. :P  .Lantas memulakan semula rutin menyambut hari isnin seperti biasa.

Itulah kuasa masa, ia berjalan tanpa henti walau apa pun yang berlaku pada kita isi bumi ini. Selain Allah, siapa ada kudrat untuk anjakkan atau berhentikan masa?

Apa pilihan ang kita ada?. Life must go on.

Food for thought : We can wait but time will not.

No responses yet

Mar 11 2009

Hidup ini terlalu singkat

Published by maman under CurHatKu, Dear Diary

Dear Diary,

Cuti Maulidurasul ada 2 berita maman terima yang melibatkan nyawa. Antara tahniah dan takziah.

1) Rakan seuniversity (merangkap agen dan CA maman) menyambut kelahiran seorang baby perempuan yang sangat comel. ini adalah baby kedua beliau. Tahnian maman ucapkan. Moga anaknya menjadi seorang yang solehah.

2) Adik kepada betasultan (yang merupakan rakan dan juga merangkap client maman) telah kembali kerahmatullah ketika sedang tidur. Takziah kepada beliau sekeluarga. Moga roh adiknya berada dalam golongon orang-orang beriman.

See, Hidup ini singkat bukan?. Ketika pagi kita meraikan sebuah kehidupan baru, petangnya pula kita menangisi kehilangan sebuah kehidupan.

Muda dan sihat bukan ukuran hidup kita masih panjang. Sampai masa,harta dan keluarga semua bakal ditinggalkan.

Malam itu maman bagai terbawa-bawa peristiwa ini hingga tidak boleh melelapkan mata. Terkebil-kebil sehingga jam 3 pagi.  (sambil2 online)

Esok sempatkah kita nak pergi tempat yang kita ingin pergi, sempatkah kita ingin bersama orang yang kita sayang, sempatkah kita ingin memberitahu apa yang kita rasa, sempatkah kita mendapatkan apa yang kita impikan?

sempatkah maman bertaubat?

sempatkah?

P/S: Sebab hidup ini singkat, maka sesapa yang teringin nak belanja maman makan itu, maman URGE baik cepat2 belanja sebelum terlambat. :P

Sehari sebelum maulud, Cekedutzx telah melangkah satu chapter lagi dalam hidupnya apabila majlis perrtunangannya  yang pernuh bersejarah itu dilangsungkan dengan meriah sekali. Tahniah juga…

No responses yet

Mar 05 2009

Majalah IM Edisi ke 11

Published by maman under KomenKu

Apakah persamaan antara item berikut;

1) Muffin

2) Cup Cake

3) Pemasaran Internet

(selain daripada boleh mendapatkan duit dari ketiga-tiganya)

Persamaan yang ketara adalah, untuk memastikan ketiga-tiga produk ini menyelerakan ia bergantung kuat kepada resepi yang digunakan oleh pembuatnya.

Kepakaran tukang masak diukur dengan kemahiran mereka mengadunkan bahan daripada resepi menjadi muffin yang lazat. Kepakaran usahawan internet pula diukur dengan kemahiran usahawan yang mampu menjadikan resepi pemasaran internet satu perniagaan yang memberikan pulangan.

Sebaliknya, tukang masak yang membuat muffin daripada zero adalah boleh disamakan dengan Usahawan Internet yang menjual produk online daripada scratch.

Oleh itu, ramailah yang berebut-rebut mahu belajar resepi daripada Chef Wan. Begitu juga usahawan internet yang pastinya tidak mahu melepaskan peluang menuntut resepi berniaga online daripada barisan otai usahawan internet / internet marketer (IM) seperti Adly Mukhtar, Zhafran, Galadriel, Zamri Nanyan, Smartzul, Alang, Zamri Mohamad, Hairul, Mohd Amirol, ShueQry dan Fatin Pauz.

Sesiapa pun termasuk anda, akan mudah terangsang untuk mengetahui apakah resepi rahsia BESAR yang bakal mereka dedahkan?.

Maka teruskan membaca..

Sebelum itu maman mengandaikan anda adalah pengguna tegar internet yang ingin mengetahui perkembangan dunia internet dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami, juga anda merasakan satu bonus jika sekurang-kurangnya anda bakal merasa imbuhan wang daripada aktiviti internet anda. Ya/tidak?

Juga maman mengandaikan anda merupakan bakal usahawan internet yang belum lagi membuat keputusan mempertimbangkan samada untuk menjual produk fizikal online, produk digital (seperti ebook),perisian, atau untuk menjual perkhidmatan atau servis. Anda juga mungkin sedang mencari maklumat pengenalan kepada servis/perkhidmatan  dan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan di interenet yang boleh anda jalankan secara online. Ya/tidak?

Jika anda mahu terlibat dalam dunia perkhidmatan pula, Maman mengandaikan anda akan mudah teruja apabila diberitahu bagaimanakah servis itu satu cabang IM yang lumayan lantas anda terasa penting bagi anda untuk mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana melakukan pemasaran untuk servis anda. Ya/tidak?

Maman juga mengandaikan anda sudah biasa mendengar perkataan ebook dan anda sangat teruja bila mengetahui bagaimana menjadikan ebook sebagai medium mempromosikan perkhidmatan anda. Ya/tidak?

Satu lagi, sepertimana masalah kebanyakkan pengguna internet tegar yang lain, maman mengandaikan anda masih tercari-cari tips paling berkesan bagaimana untuk fokus dalam perniagaan internet anda. Ya/tidak?

Jika kebanyakkan daripada andaian-andaian maman ini anda jawab YA. Maka anda adalah insan yang paling berhak untuk mengetahui rahsia BESAR yang saya sebutkan diawal entri ini.

Sekarang, baca semula perkataan yang BERGARIS diatas.

Jika anda adalah pengguna internet tegar yang berhak untuk mengetahui rahsia-rahsia tips bagi perkatan yang digariskan itu, maka dapatkan MajalahIM sekarang. Perkataan yang maman gariskan itu adalah antara topik-topik menarik yang boleh anda tatap dalam keluaran terbaru ezine  PERCUMA – Majalah IM  edisi ke-11 ini. Topik-topik ini ditulis khas untuk anda oleh nama-nama besar usahawan internet yang telah maman sebutkan diatas.

Jadi, tunggu apa lagi, tibalah masanya untuk anda mencuba sendiri resepi rahsia yang dikongsikan oleh otai-otai IM dalam satu-satunya ezine IM berbahasa Melayu ini. Jadikan perniagaan online anda adalah muffin yang bukan hanya sangat menyelerakan, tetapi boleh memberikan anda pendapatan lumayan.

Ayuh, MUAT TURUN SKG

P/S : Bonus untuk anda yang membaca keluaran ke 11 ini kerana kali ini MajalahIM menyiarkan interviu istimewa Bersama Kartunis UBI yang juga seorang usahawan internet tersohor. Baca pengalaman UBI dan belajar daripada kisah beliau.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Download sekarang!.

*Banyak lagi topik ezine ini (seperti tips dan advise menarik) yang tidak disiarkan dientri ini kerana maman mahu anda meneroka sendiri majalahIM ini. Download sekarang juga!.

Selamat membaca!

One response so far

Next »