Feb 08 2009
PGLM III
okay, FYI N3 ni bukan entri FILLING IN THE GAP macam N3 sebelum ni. ahaks.
Menyaksikan teater PGLM III adalah menyaksikan impian menjadi kenyataan bagi seorang pecinta seni bernama Tiara Jacquelina. Hasil yang dapat kita lihat ini adalah kerja keras dan komitmen yang tinggi.

SEBELUM MENONTON
Maman menjadi teruja untuk melihat teater ini apabila membaca laporan demi laporan yang mengatakan bahawa IB FULL HOUSE sepanjang pementasan PGLM I dan PGLM II. Sekiranya PGLM III tidak ditonton oleh mereka yang tidak berkesempatan menonton dua siri musikal ini sebelumnya, maka ianya satu kerugian. Bagi yang telah menonton pula, pementasan kali ini perlu ditonton kerana banyak pembaharuan dan improvisasi ada dalam naskhah terbaru ini. (tips: track rekod yang baik adalah satu alat yang sangat membantu untuk menjual produk anda)

Antara yang menarik perhatian maman ialah, tiket SOLD OUT awal. Bagi anda yang baru mencari-cari tiket pada waktu ini mungkin ianya sudah terlambat. Maklumlah sebelum tiba hari pertama pementasan, tiket telah habis dijual. Jika anda tidak dapat menontonnya, baca sahajalah pengalaman mereka yang sudah menonton yang banyak dimuatkan internet dan juga media cetak beberapa hari ini.
Tiket yang dijual online dan offline bergerak laju. Ini merupakan satu strategi bisnes yang sangat berjaya walaupun mungkin mencabar untuk melakukanya. Contohnya, jika anda penulis buku dan dapat menjual semua buku anda sebelum dilancarkan, bukankah ianya memberi perbezaan besar kepada sejarah yang bakal ditempa oleh buku tulisan anda itu nanti?.
SELEPAS MENONTON
Maman antara yang merasakan puas hati selepas melangkah keluar daripada Istana Budaya. Spektakular yang dihasilkan melalui skrip, penghayatan lakonan, rekaan set, kareografi, lampu, susunan muzik dan lagu-lagu yang dialunkan sangat menyentuh. Dengan set kostum yang extravaganza telah meletakkan naskhah teater ini pada satu kelasnya yang tersendiri. Eleman silap mata yang dikatakan magis juga satu pembaharuan berani yang menarik.
Jika perlu diperbaiki pun hanyalah dari segi sound system yang tidak berapa lancar dan maman merasakan watak Hang Tuah kurang menyengat lakonannya.

Namun begitu, melihat lebih daripada sekadar teater dan hiburan ringan, pengajaran paling besar maman perolehi adalah rasa syukur kerana kita adalah insan yang bernasib baik. Tiara masih boleh berkarya dan orang macam maman masih boleh menikmati karyanya. Disini dalam suratkhabar, kita masih digalakkan makan bijirin sedangkan bila kita belek dimukasurat sebelah..? ;

Siapalah yang tak tersentuh… Adakah kakak budak dalam paper ni sibuk bimbang tidak dapat tiket teater yang MOVING FAST? Sempatkah ibubapa budak ni nak kesah pasal makan sarapan bijirin sambil kagum dengan rekaan set dan kostum teater yang katanya ditaja penuh oleh Terengganu Royal Songket?
ado?




