Feb 19 2009
Majalah IM Edisi ke 10

Pertama kali pelayar web ini menjejaki laman web Majalah IM, hati mudah teruja untuk meneroka apa yang ditawarkan. Laman web yang menyediakan ezine untuk pengemar Perniagaan Internet ini rupa-rupanya telah menerbitkan beberapa siri majalah online dan yang terkini adalah keluaran mereka yang ke 10. Tanpa berlengah, maman muaturn edisi terbarunya untuk memenuhi rasa ingin tahu yang tinggi ini. Nampaknya masa yang maman laburkan berbaloi kerana ezine Majalah IM keluaran ke 10 ini adalah lain daripada yang lain.
Jika anda masih tercari-cari panduan berniaga gaya online, teruskan pembacaanya anda..
MajalahIM tampil berbahasa Melayu dan susun aturnya ringkas. Penggunaan warna dan gaya bersahaja membuatkan pembacaan lebih relaks. Ini juga bermakna ianya selesa dibaca terutamya melalui skrin komputer anda.
Kata aluan editor menyermarakkan mood untuk menyelongkar isu terbaru majalah yang sudah satu tahun bertapak ini iaitu – eBay sebagai sumber pendapatan.
Ya, bagi pengemar internet seluruh dunia, jenama eBay bukanlah sesuatu yang asing. Jadi sudah pasti isu kali ini memberi ruang kepada anda untuk menyingkap semula segala ilmu yang berkaitan dengan ebay. Bagi yang masih tertanya-tanya bagaimana anda boleh mendapatkan pendapatan melalui eBay, isu Majalah IM kali ini ada jawapannya. Banyak yang boleh anda ketahui berkenaan eBay yang dikupas menarik dalam keluaran kali ini.
Tahukah anda siapakah satu-satunya orang Melayu yang dinobatkan sebagai Education Specialist Trained by eBay? Tahukah anda bagaimana mempromosi jualan eBay anda melalui blog?
Cari jawapannya di MajalahIM.
Bagi anda yang dahagakan tips-tips menarik, pelajari 3 tips mudah membeli di eBay. Ketahui juga kaji selidik sebelum memasuki pasaran jualan. Bukan itu sahaja, banyak lagi yang anda boleh pelajari dalam keluaran MajalahIM kali ini.
Selaku pengunjung yang baru pertama kali melayari dan memuaturun ezine ini, maman merasakan ianya perlu ada bagi setiap mereka yang merasakan anda adalah peminat tegar perniagaan online. Apatah lagi ianya didatangkan kepada anda secara PERCUMA!. Jadi tunggu apa lagi..
Jangan berlengah. Download MajalahIM ini sekarang!








