Jan 27 2009
Mesh with mesh potatoes
Bagi maman yang sukar untuk membezakan antara butter, marjerin dan mentega, maka sudah terang lagi disuluh memasak bukan maman punya forte. Walaupun begitu bersempena dengan aktiviti outing CNY di Ulu Yam yang berkonsepkan pot luck, maka maman terpaksa juga mencungkil bakat terpendam mana yang ada. Dengan bantuan rakan blogger, maman cuba menyediakan Resepi Kentang Penyet Istimewa.
Sebelum tu, mari kita shopping bahan-bahan yang diperlukan terlebih dahulu.

btw tesco ada masuk dalam senarai yang perlu diboikot tak? *matilah
Siapa sangka barangan yang tasteless didalam bakul cart ini akan menjadi satu hidangan yang sangat lazat walaupun itu baru pertama kali maman mencubanya.

Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini boleh email kepada maman untuk maklumat lanjut.
***
Trip outing ke Ulu Yam memang meriah pada Hari Raya Cina Pertama itu. Walaupun sampai sana dalam jam 10 pagi, rupa-rupanya ramai yang sudah memenuhi P1, P2 dan beberapa point lagi di sepanjang jalan Ulu Yam itu. Apapun atas kemahiran seorang ahli rombongan yang tiada tolok bandingannya, maka kami dapat juga port yang sangat menarik.
Kedinginan air terjun yang menyentuh tubuh memang tidak dapat dilupakan sehingga kini. Segar. Walaupun sampah sarap bertebaran disekitar kawasan air terjun dan sepanjang jeram ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini , ianya masih tidak mengaggu mood kami untuk berseronok disitu.
Menjelang tengahari, orang semakin ramai datang. Dari kumpulan remaja hinggalah kepada keluarga, masing-masing memenuhi segenap penjuru sepanjang jeram yang dingin itu. Setelah menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang kami bawa termasuk spaghetti, ayam barbeque, me goreng, salad, makaroni dan sebagainya, maka kami pun bertolak pulang dalam jam 2 petang.
Memang menyeronokkan!




