Archive for December, 2008

Dec 21 2008

2008 yang bakal ditinggalkan dan BILIK SULIT

Published by maman under CurHatKu

2007 dan 2008 maman menghuni rumah yang dindingnya tidak pernah sempurna ini.

Gaya binaan flat berkos rendah ini seolah-olah disiapkan tanpa pernah dipedulikan tentang kemasan akhir. Dindingnya masih ketara blok-blok batu yang tersusun. Bagai menggambarkan masa membinanya sangat tergesa-gesa dengan kos yang minimal. Jika si buta meraba dinding dari pintu masuk hingga ke dapur, dia boleh mengira berapa blok batu yang digunakan untuk membina dinding kediaman ini. Tekstur tidak rata yang amat ketara.

Namun begitu inilah kondominium di hati maman. Disini maman terlindung daripada hujan dan panas untuk melepaskan lelah, dan disini juga maman dapat melihat siang berganti malam dan hari berganti hari. Dari tingkap, bukan hanya cahaya matahari menerbos masuk ke rumah, tetapi kadangkala burung-burung kecil juga mencuri-curi masuk. Mencari saki baki makanan di ruang dapur.

Masih lagi bertuah jika dibandingkan jika terpaksa menghuni bilik kurungan ISA seperti yang digambarkan dalam teater BILIK SULIT oleh Hishamuddin Rais. Tempat dimana anda tidak akan dapat mengetahui lokasi anda berada, malahan siang dan malam sudah tidak dapat dibezakan. Dan melalui teater ini anda daptat lihat sendiri apa aktiviti yang anda lakukan jika berada dalam tahanan. Pernahkah kita kisah selama ini??

(BILIK SULIT dipentaskan di Bar Council Auditorium, Level 1,20/12/2008 (Saturday), 21/12/2008(Sunday) 22/12/2008(Monday), 23/12/2008(Tuesday), Time : 8.30pm. RM10 dikenakan untuk sumbangan kepada keluarga tahanan)

Apapun, yang sudah pasti 2008 sudah berada dipenghujung. Segala yang telah tercatit sepanjang 2008 bakal menjadi sejarah. Banyak juga yang tidak manis untuk dikenang-kenangkan. Yang manis, maman pahatkan sebagai bekalan untuk menuju goal yang telah maman set untuk 2009.

Selamat datang 2009! Selamat Hari Natal dan Selamat Menyambut Tahun Baru!

2 responses so far

Dec 17 2008

Yang Datang dan Pergi

Published by maman under CurHatKu

Farewell

 

Memang tidak dapat dinafikan selama kita meniti usia ini, ramai insan yang kita bertemu sehingga sampai masanya akan berpisah. Daripada zaman persekolahan, peruniversitian sehinggalah zaman perkerjaan ini, kita tidak lari dari mendendangkan irama bertemu dan berpisah. Sekaligus menepati konsep tiada perkara yang kekal di dalam dunia ini termasuk rumah banglo yang tersergam gagah dikaki bukit.

Berkerja di Syarikat Burung ini juga menyaksikan sudah ramai yang datang dan pergi, sesuai juga dengan konsep yang dibawa oleh syarikat ini iaitu burung, maka mereka datang SINGGAH dan kemudian pergi. Maklumlah, hidup ini adalah satu perjalanan dan bukannya satu destinasi. Nanti sampai masa, maman juga mungkin akan akan membuka sayap dan terbang jua ke satu perhentian yang lain. Hanya tidak tahu bila waktunya. Jadi sementara menunggu saat-saat itu, maman masih lagi berpeluang menikmati kemanisan HINGGAP di sini. huhu

Bertitik tolak daripada itu, seperti telah menjadi satu tradisi ditempat ini, setiap kali ada yang ingin meninggalkan maka mereka akan dengan tiba-tiba bermurah hati untuk belanja rakan sekerja. Simboliknya mungkin dalam kata lain, sebagai satu tanda kesyukuran (tak taw la syukur sebab meninggalkan atau syukur sebab dapat tempat baru ?). Macam itu lah kot.

Ada yang memilih untuk menjamu rakan sekerja di warung, di Tupai-Tupai, di Pizza Hut dan pelbagai lagi. Bagaikan menjadi satu tanda aras/ signal kepada yang masih tinggal untuk bersedia (nak celebrate kat mana?) bila sampai masanya nanti. hehe. Tapi kat mana pun, apa yang penting adalah keikhlasan. kan? kan?. :P . So, makan-makan di Pizza Hut Midvalley tadi sangat istimewa bagi kami kerana meraikan seorang lagi rakan yang akan terbang ke Kedah demi menyahut cabaran dan CITA-CITAnya untuk mendidik anak bangsa. Good Luck for your future undertaking..

Satu lagi senario menarik di tempat kerja maman ialah ramai yang sudah menamatkan zaman bujang masing-masing. Menghadiri satu demi satu majlis walimatulurus rakan-rakan rapat ni juga menyedarkan yang maman juga sudah tidak lagi muda.  Selepas daripada makan-makan farewell tadi, kami ada sessi minum-minum (air halal ya) yang juga istimewa kerana salah seorang dari kami akan menjadi suami orang dalam beberapa hari lagi. Ni pun kira Good Luck for your future undertaking.. juga maman ucapkan.

Jika yang satu tadi kita guna analogi burung datang dan pergi, untuk member yang nak berumahtangga ni sesuai ke nak guna pakai konsep burung juga?? macamana analoginya??

***

 P/S: Imej diatas adalah tanda tempat maman parking kereta. Tobat dengan insiden 45 minit mencari kereta yang hilang di car park Berjaya Times Square tempohari gara-gara terlupa petak parking, kini maman mempunyai satu tabiat baru iaitu snap2 pic nombor tiang kat mana maman letak kereta setiap kali jika ke pusat membeli belah yang besar. Sigh!.

4 responses so far

Dec 11 2008

Anger and Love

Published by maman under CurHatKu

Why do we Yell in anger?

A sage asked his disciples, ‘Why do people yell at each other when
they are upset?’

The men thought for a while,’Because we lose our calm’ said one.’we
yell for that.’

‘But, why to yell when the other person is just next to you?’ asked
the sage. ‘ Isn’t it possible to speak to him or her with a soft
voice? Why do you yell at a person when you’re angry?’

The men gave some other answers but none satisfied the sage. Finally
he explained, ‘When two people are angry at each other, their hearts
distance a lot. To cover that distance they must yell, to be able to
hear each other. The angrier they are, the stronger they will have to
yell to hear each other through that great distance.’

Then the sage asked, What happens when two people fall in love? They
do not yell at each other but talk softly, why? Their hearts are very
close. The distance between them is very small…

The sage continued, ‘When they love each other even more, what happens?
They do not speak, only whisper and they get even closer to each other
in their love. Finally they even need not whisper, they only look at
each other and that’s all. That is how close two people are when they
love each other.’

Then the sage said, ‘When you argue do not let your hearts get
distant, do not say words that distance each other more, else there
will come a day when the distance is so great that you will not find
the path to return.

[Courtesy from one of my friends]

No responses yet