Archive for October, 2008

Oct 30 2008

CarAura – It’s more than washing a car !

Published by maman under KomenKu

Jika sebelum ini maman ada mengemukakan cadangan membina rangkaian kedai kopi Kuat Cafe, kini maman akan utarakan sebuah lagi konsep bisnes yang akan menguntungkan anda para pelabur bijak. Hehe

Kali ini kita tampil dengan konsep saloon penjagaan kereta dengan sedikit improvasi kepada carwash biasa yang tumbuh dimerata kawasan mutakhir ini.

Ini mungkian satu konsep carwash gaya baru yang akan pasti memenuhi kehendak sebilangan BESAR daripada pemilik kereta terutama di ibukota.

Konsep Bisnes

Car Aura menjalankan perkhidmatan mencuci kereta. Namun begitu keistimewaan CarAura adalah dengan cucian akhir istemwa kami yang mana kami akan memberikan kereta anda satu lagi step iaitu dengan mandian air bunga dengan campuran 7 jenis bunga-bunga segar. Dengan kata lain -  Mandi Bunga!.

Ya. Jangan hadkan warisan mandi bunga ini kepada mereka yang tidak bertemu jodoh sahaja. Atau mereka yang ingin kelihatan cantik sahaja. Mandi bunga yang merupakan  pendekatan holistic ini kita boleh aplikasikan kepada perkara lain termasuk kepada kenderaan kesayangan anda.

Antara kelebihan cucian kereta dikedai maman ini ialah;

Dibacakan doa keselamatan dan dimandikan bunga agar pemilik kenderaan (terutama kereta baru) sebagai salah satu ikhtiar supaya kereta tidak ditimpa petaka atau kecelakaan atau kecurian.

Andaikata tuan punya kenderaan pun macam perlu direjuvenatekan juga maka kami  tiada halangan untuk memandikan bunga tuan punya kenderaan sekali bersama-sama dengan keretanya agar tuan punya kenderaan pun sama-sama sejahtera dengan kos tambahan yang sangat minimal.

Kami yakin, bagi mereka yang mementingkan kesejahteraan menyeluruh, selain daripada segala jenis insurance dan permanduan berhemah, mencuci kereta cara kami ini pasti menjadi pilihan saban minggu..

Pengiklanan dan Pemasaran

Contoh teks promosi:

Hairan kenapa kereta anda asyik calar balar walaupun anda seorang pemandu yang sangat berhemah? Asyik terlibat dalam kemalangan? Rasa tidak selamat djalan raya dengan road bullies dan pemandu lain yang ganas? Dapatkan ketenangan dengan MENYUCIKAN kereta anda di CarAura !!

Maka …

Jadi para pelabur, apa tunggu lagi.  Cepat melabur dalam rangkaian car wash maman ni pula.. Cheers!!!

Prospek bisnes : Konsep mandi bunga ini akan diluaskan kepada Cuci Rumah Air Bunga jika sambutan car wash ini memberangsangkan.. bleh masuk nescafe kickstart x??
:)

2 responses so far

Oct 16 2008

Berbekam Lintah

Published by maman under Sinus

Ramai yang mengetahui minyak lintah digunakan untuk membesarkan satu anggota badan yang dikatakan kecil. Maman pun tahu akan hal ini. Apa yang maman tidak tahu, lintah kini digunakan dalam rawatan berbekam untuk mengeluarkan darah kotor dalam badan kita. Dikatakan oleh pegamal perubatan ini, kaedah ini dapat memberi kesan dalam merawat resdung, migrain, pesakit kanser payu dara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing manis dan darah tinggi.

Sehari sebelum Aidilfitri tempohari, maman memberanikan diri mencuba untuk  rawatan resdung. Dua ekor lintah diperlukan untuk mencari port yang sesuai untuk disedut. Geli geleman maman rasa semasa lintah tersebut menguit-guit hujungnya semasa proses searching tersebut. 2 jam masa diambil untuk lintah tersebut membesar menjadi lebih 3 kali ganda daripada saiz asal hasil daripada pemindahan darah maman dalam badan dia. Bila sudah kenyang dia akan mudah ditarik.

Bekam Lintah

Ada juga pelanggan-pelanggan lain yang  menyerahkan kaki, forehead dan anggota badan lain kepada lintah ini mengikut keperluan rawatan masing-masing. Mujurlah pada waktu itu tidak ada pelanggan yang sedang membuat rawatan untuk barah buah dada, sebab maman wondering juga untuk rawatan tersebut di bahagian badan mana lintah itu akan diletakkan? hehe

Untuk 2 ekor lintah ini kosnya adalah RM20. Yang menariknya, jurujual yang berpakaian seperti rockers itu memberikan pesan “sekiranya maman tidak merasai apa-apa effect daripada rawatan ini, bermakna maman harus buat rawatan ini berulang kali.. barulah nampak hasilnya..” katanya. Ermmm sempat lagi dia nak buat repeat order.

Maman juga difahamkan, lintah ini dapat membezakan darah yang mengandungi virus HIV. Bermakna lintah tidak akan menghisap darah jenis ini. Sejauh mana kebenarannya maman tidak berapa pasti.

Hasil daripada rawatan ini seerti yang dijangka tidaklah ketara sangat (mungkin benar kata jurujual tersebut bahawa sekali rawatan sahaja tidak mencukupi). Cuma maman rasa kekerapan bersin pada pagi/waktu2 sejuk agak berkurangan. tetapi alahan-alahan lain seperti habuk dan makanan tidak banyak berubah.

Bagi mereka yang menderita dengan sinus seperti maman mungkin boleh cuba rawatan ini.  Bagi yang nak rebut peluang ini bolehlah berjinak-jinak mentrnak lintah. Seekor je dah boleh jual RM10… untung giler.

Namun begitu, maman percaya peniaga lintah akan menjadi lebih kaya jika lintah ini mempunyai kemahiran lebih daripada menghisap darah. Lebih ramai pelanggan yang akan cuba walaupun geli tahap macamana pun. Maksud maman, bayangkan kalau lintah ini boleh HISAP LEMAK…!

*lari

3 responses so far