Archive for September, 2008

Sep 06 2008

Ramadhan Al Mubarak

Published by under CurHatKu

Memang tak dapat disangkal lagi. Bulan Ramadhan, bulan rahmat yang banyak cabaran. Sesuailah dengan fahdhilat besar yang dikurniakan pada bulan istimewa ini. Selain lapar dan dahaga, Ramadhan mengajar makna sabar dalam ertikata yang lebih luas, oleh yang demikian bagaimana anda mengawal perasaan anda apabila ;

1) Tak Sabar nak balik rumah

Manalah nak carik bulan selain Ramadhan yang kita boleh dengan senang hatinya balik ontime (malahan lebih awal daripada biasa). Ada masa yang kita boleh luangkan untuk keluarga dan insan tersayang. Inilah bulan yang akan mendekatkan lagi insan-insan teristimewa dalam diri kita.

Tetapi apabila anda terperangkap dalam kesesakkan lalulintas yang sangat panjang walaupun anda bayar RM1.50 tol untuk lalu AKLEH tetapi jalan tetap sesak. Keadaan lebih manis jika hujan turun dengan lebatnya seperti di kotaraya Kuala Lumpur ini. Bolehkah kau tahan sabar?

 2)  Tak sabar nak makan buka

Manalah ada bulan lain yang ada Pasar Ramadhan (PARAM) tumbuh bagaikan PATI kat Malaysia. Dikawasan berdekatan rumah maman ni sahaja sudah terdapat 4 PARAM yang boleh diakses dengan kesesakkan lalulintasnya.

Segala juadah yang dipamerkan memanglah membuatkan rambang mata dan menyebabkan kita tak sabar nak keluarkan duit untuk beli itu ini. Tetapi apabila rata-rata gerai berkonsepkan inflation-friendly dengan (belum pun anda pasti rasanya sedap ataupun tidak) ayam percik sudah berharga RM6. Ayam goreng seketul sudah berharga RM3.50. Roti Jala, karipap dan kuih muih sudah dijual 5 ketul RM2.00. Sup daging sebungkus RM5. Bolehkah kau tahan sabar?

3) Tak Sabar nak bertarawikh

Selain tadarus, tahajud, sedekah, berzakat dan berzikir, tarawikh adalah antara ibadah yang  ramai orang berebut-rebut melakukannya di awal sepanjang bulan mulia ini. Anda pasti tidak mahu terlepas fadhilat-fadhilat tarawih seperti yang anda baca dalam forwarded email yang anda terima.

Selepas berbuka sekadarnya, anda sudah mula bersiap. Walaupun terpaksa parking jauh kerana keadaan sesak dimasjid, anda tidak putus asa. Anda juga bangga dengan diri anda sendiri kerana boleh sahaja mencari ruang dalam kesesakan jemaah dimasjid itu. Tidak cukup dengan itu, anda berusaha bertarung dengan rasa mengantuk yang teramat kesan daripada pengambilan karbohidrat berlebihan semasa berbuka tadi.

Tetapi apabila tarawikh baru mula 4 rakaat dan imam memberhentikan solat untuk memberi laluan kepada penceramah memberikan ceramah. Bolehkah kau tahan sabar??

 4) Tak Sabar Nak Raya

Anda sudah mula download lagu-lagu raya. Radio pun sudah mula memainkan lagu-lagu jenis ‘dendang perantau, balik kampung, meriahnya raya didesa etc’. Iklan di tv dan semua rakan komuniti internet anda sudah mula wish selamat hari raya. Email box anda sudah mula dipenuhi dengan spam resepi buat kuih, order kuih raya dan ucapan hari raya. Pejabat anda sudah bagaikan marketplace apabila sudah ada yang edarkan sample kuih raya. Ada yang sudah mengambil tempahan baju raya termasuk jahit manik.ops!.

Bila sms anda sudah mula dihujani dengan segala jenis pantun raya. Anda sudah mula mendekatkan diri dengan shopping complex dengan niat awal hanya untuk window shopping tetapi akhirnya anda lihat diri anda bershopping sakan.

Bila keluarga dikampung sudah mula bertanya bila anda akan balik kekampung terasa sudah dekatnya raya walaupun puasa baru 6 hari. Bila anda terpaksa beli barang dengan harga mahal padahal anda merasakan bahawa simpanan pun tak banyak dan bonus tak ada lagi. Ex-gratia pun ciput. Bila pikir duit yang juga perlu diasingkan untuk menyambung sisa-sia kehidupan pasca-raya nanti. Boleh kah kau tahan sabar?

Renung-renungkan…

One response so far

Sep 03 2008

Hantu Flet Usang Pt. 2

Published by under CurHatKu,tuanrumah

Mungkin anda juga pernah alami, semua apa yang kita mahu jauhi akan datang menghantui kita.

Malam itu, semasa rumah kami tiada bekalan air itu, dia muncul lagi. Kali ini kemunculannya lebih istimewa dan lebih in person.

Housemate maman, seperti biasa adalah calon favourite yang akan dia pilih untuk entiti ini beramah mesra. Lewat malam itu, ruang tamu hanya diterangi oleh samar cahaya daripada lampu koridor luar. Kipas disyiling tidak berpusing. Senyap. maman punya housemate-the-chosen-one ini terbangun dari tidur kerana ingin ke washroom buang air. Pintu bilik dibuka.

To his surprise, ada sesusuk tubuh lembaga gelap sedang duduk di sofa ruang tamu. Tidak sanggup memandang lama, housemate maman terus laju melangkah ke bilik air. Pura-pura tidak terlihat apa-apa. Tetapi dalam hati, bergetar juga. Selepas membuang apa yang sepatutnya dibuang, housemate maman berfikir-fikir tentu apa yang dia nampak tadi sudah tiada. Malang bagi dia, kerana selepas dia membuka pintu bilik air, lembaga misteri itu masih lagi duduk di tempat yang sama. Kepalanya botak. Tunduk kearah lantai dengan tangannya diletakkan diatas kepala. Seolah-olah sedang menekan kepalanya atau menyembuyikan wajahnya. Kalau-kalau dia mendongak menunjukkan mukanya, bagaimanalah agaknya wajahnya?.

Siapakah dia? Siapakah abang botak itu? kenapa dia suka buat kemuculan macam tu? Persoalan ini masih menjadi misteri kepada kami bertiga sehingga entri ini ditulis.

Maman percaya, setelah tiga hari puasa dan disepanjang bulan Ramadhan ini, kuasa Abang Botak dalam rumah ini juga akan berehat daripada membuat kemunculan istimewa yang mendebarkan itu. Tak tahulah kalau lepas puasa nanti, kalau-kalau dia akan muncul dengan imej dan strategi baru pula.

Disebalik daripada kejadian itu, Good news nya, tuanrumah bayar semua duit penyelengaraan sehari sejurus selepas maman buat pangglan protes tempohari. Jadi, tak perlulah maman mandi guna RO water.

Phuihh

2 responses so far

« Prev