Archive for September 14th, 2008

Sep 14 2008

Ibu..

Published by maman under CurHatKu

Mingu lepas maman diberitahu bahawa ibu demam. Demam yang menyebabkan dia tidak dapat solat dan tidak dapat menjalankan ibadah puasa. Maman bergegas minta cuti dan terus pulang ke kampung. Samada tenat ataupun tidak, maman tetap akan balik. Melawat. Kalaulah diberitakan maman yang sakit sehingga tak dapat bagun, maman rasa ibu antara yang terawal akan bergegas ke KL melihat anaknya yang sorang ini. Atas justifikasi itu, maka maman by hook or by crook, meluangkan masa untuk pulang ke desa tercinta. Dikampung maman menemankan ibu selama 3 hari. Juga sempat ajak ibu buka sedap-sedap diluar.

Hari ini, maman kembali ke KL apabila keadaan ibu sudah kembali pulih. Ubat yang diberikan oleh doktor minggu lepas pun sudah diambil seperti yang diprescribe.  Maman pun sudah bawa dia ke Tawakal untuk mendapat bekalan ubat seterusnya agar kesihatanya betul-betul pulih. Namun menurut doktor, ianya (bisa) mungkin mengambil sedikit masa. Apa yang penting, Ibu sudah kembali boleh berpuasa dan bersolat. Satu perkembangan yang baik. Adik beradik yang lain pun semua sudah berkumpul semalam. Sudah menjadi seperti pra-raya pula. Ahamdulillah.

Maman pasang astro dirumah. Dulu ibu pernah komen dia agak susah nak tengok berita ke atau pengumuman puasa kerana tv sudah lama rosak.  Jadi bila dah pasang astro dan tv baru ini, maman rasa dia mungkin boleh bukak sekadar nak hiburkan hati kalau-kalau terasa sunyi dirumah itu. Tapi malam tadi kakak maman kata ibu takut pula nak buka astro itu. hehe baru-baru memang lah kan. Tapi nanti bila dia sudah mula godek sikit-sikit mesti ok lah itu. Kalau dia boleh pakai hp takkanlah dia susah nak belajar guna remote astro itu.

Lepas ni bleh la dia tengok banyak rancangan agama kat TV9 tu ke. Awani ke.. Jangan dia dok layan MTV Channel sudahlah.

One response so far