Archive for September, 2008

Sep 26 2008

Salam Aidilfitri

Published by maman under CurHatKu

Inilah harinya. Hari yang ditunggu setelah sebulan menghayati Ramadhan AlMubarak. Setelah meredah dari satu pasar ramadhan ke satu pasar ramadhan, setelah berbuka puasa dari satu hotel ke satu hotel, setelah bersedekah dari satu tangan ke satu tangan yang menadah, setelah mendaki dari satu pusat membeli belah ke satu pusat membeli belah, setelah begitu banyak memfoward dari satu emel ke satu emel dakwah, setelah menjahit dari satu baju ke satu baju (bagi tukang jahit) dan setelah bertungkus lumus menjalani dari satu ibadah ke satu ibadah, maka inilah harinya. Kebanyakkannya mengatakan ini adalah hari kemenangan, Aidilfitri..

Namun begitu, hari besar tahun ini maman tidak berbelanja besar. Check list raya maman sangat pendek. Sekadar menampung mana yang asas sahaja. Selebihnya maman biarkan raya ini berlalu dengan serba sederhana tanpa perbelanjaan yang berlebih-lebih. Biarlah orang lain nak berbelanja sakan seolah-olah harga barang turun menjunam disebabkan oleh harga minyak yang turun lagi 10 sen itu. Biarlah orang nak kata apa pun.

Bagi sesetengah daripada kita, raya merupakan satu event terbaik untuk showcase diri masing-masing. Ianya seperti ‘let me update you that now i’m driving this car, working at this great place, wearing this expensive cloth,  having lots of money, happy, my kids have successfully doing this and that and U? owh still same like dulu2, still working at the same place?, still not yet married ka?’ . and the list will go on and on. Endless. Kemudian seperti satu skrip, bicara akan diakhiri  dengan- Saya minta maaf zahir dan batin kalau ada salah silap ke, terkasar bahasa, ke apa ke. KOSONG2 YA.

Boleh macam tu??? *pengsan

Bagi maman, raya  bukan terletak pada materialnya, tetapi pada roh dan semangatnya yang memberikannya nyawa. Baju raya, kuih raya, perabot, langsir, duit raya, lemang adalah kosmetik atau label yang diperlukan yang memeriahkan raya. Namun maman percaya, jika kita beraya dengan penuh ikhlas dan takzim, ianya akan memberi makna tersendiri.

Walaupun bukan dengan sogokan harta melimpah ruah, ibu maman tetap menyambut kepulangan anak-anaknya dengan gembira. Kita anak-anak adalah harta termahal baginya.. mungkin tidak ternilai valuenya. Kasih sayang dan kerinduannya yang terubat dapatkah kita gantikan dengan wang ringgit?. Tidak.

Sebab itulah banyak mana pun dosa maman pada keluarga, insyaAllah maman akan balik jua. Inilah yang tinggal untuk maman menghargai orang-orang yang telah memberi makna dalam hidup ini.. tanpa sebarang syarat.

Salam Aidilfitri untuk semua. Maaf Zahir dan Batin.

2 responses so far

Sep 14 2008

Ibu..

Published by maman under CurHatKu

Mingu lepas maman diberitahu bahawa ibu demam. Demam yang menyebabkan dia tidak dapat solat dan tidak dapat menjalankan ibadah puasa. Maman bergegas minta cuti dan terus pulang ke kampung. Samada tenat ataupun tidak, maman tetap akan balik. Melawat. Kalaulah diberitakan maman yang sakit sehingga tak dapat bagun, maman rasa ibu antara yang terawal akan bergegas ke KL melihat anaknya yang sorang ini. Atas justifikasi itu, maka maman by hook or by crook, meluangkan masa untuk pulang ke desa tercinta. Dikampung maman menemankan ibu selama 3 hari. Juga sempat ajak ibu buka sedap-sedap diluar.

Hari ini, maman kembali ke KL apabila keadaan ibu sudah kembali pulih. Ubat yang diberikan oleh doktor minggu lepas pun sudah diambil seperti yang diprescribe.  Maman pun sudah bawa dia ke Tawakal untuk mendapat bekalan ubat seterusnya agar kesihatanya betul-betul pulih. Namun menurut doktor, ianya (bisa) mungkin mengambil sedikit masa. Apa yang penting, Ibu sudah kembali boleh berpuasa dan bersolat. Satu perkembangan yang baik. Adik beradik yang lain pun semua sudah berkumpul semalam. Sudah menjadi seperti pra-raya pula. Ahamdulillah.

Maman pasang astro dirumah. Dulu ibu pernah komen dia agak susah nak tengok berita ke atau pengumuman puasa kerana tv sudah lama rosak.  Jadi bila dah pasang astro dan tv baru ini, maman rasa dia mungkin boleh bukak sekadar nak hiburkan hati kalau-kalau terasa sunyi dirumah itu. Tapi malam tadi kakak maman kata ibu takut pula nak buka astro itu. hehe baru-baru memang lah kan. Tapi nanti bila dia sudah mula godek sikit-sikit mesti ok lah itu. Kalau dia boleh pakai hp takkanlah dia susah nak belajar guna remote astro itu.

Lepas ni bleh la dia tengok banyak rancangan agama kat TV9 tu ke. Awani ke.. Jangan dia dok layan MTV Channel sudahlah.

One response so far

Sep 09 2008

Malaysia, 50+1 years and loving it

Published by maman under CurHatKu

Saya cintakan awak. Alamak, masih lagi sukar membayangkan hadiah paling sesuai untuk harijadi awak walaupun tarikhnya sudah terbabas. Tahun ini, usia awak mencecah 50+1 = 51 tahun dan masih terus gagah. Istimewanya, awak masih gemarkan teh mamak walaupun awak juga memberi ruang kepada kedai kopi jenama antarabangsa. Awak memberi inspirasi bagi setiap insan yang percaya bahawa bahagia itu ada ketika berkongsi hidup bersama-sama. Awak meletakkan harapan dalam wawasan disetiap jiwa merdeka yang memuja awak.

Awak adalah Malaysia. Malaysia Boleh!

http://themalaysiapage.com/.

One response so far

Next »