Archive for August, 2008

Aug 11 2008

Hantu Flet Usang the movie

Published by maman under CurHatKu

Pada waktu ini, hantu sudah lebih glamer dariapada Erra Fazira, Ide Nerina, Maya Karin dll. Malah artis yang disebutkan itupun beria nak jadi hantu. Siapa sangka makhluk yang hodoh, buruk dan perengus, yang dulunya mendiami hutan belantara dan kawasan busuk kini menjadi bintang. Ramai yang kata takut melihat hantu tetapi berduyuuun pergi menonton di pawagam dan juga di stesen tv.

  Iya… berduyuuuuunnn tiba..

Maman tidak arif tentang hantu dan belum juga pernah terserempak mata bertentang mata secara live (harap-harap tidaklah). Walaupun begitu, mendiami rumah flet berdinding esotik ini yang pernah menyaksikan beberapa adegan pelik berlaku adalah antara secebis kredibiliti yang maman ada untuk menulis kisah benar ini: Hantu Flet Usang.

hantu-flet.jpg

Hantu Flet Kos Rendah

Ya, rumah maman berhantu. dan hantu dirumah ini bijak menguasai ruang sepenuhnya. Teknik yang digunakan adalah baik sehingga meremangkan bulu-bulu. Sebagai rekod, antara kemunculan hantu dirumah usang ini yang tidak pernah dapat kami lupakan adalah;

1. Teknik Bahan Bukti Syabu Pejabat Polis Johor. Iaitu seperti magic, kejap ada kejap tak ada. Ini dilakukan dengan kemunculannya duduk dalam kesamaran dalam bilik belakang. Bila anda toleh sekali lagi, tiada. Hanya tinggal katil bujang yang kosong.

2. Teknik Selit. Iaitu memenuhi ruang sempit sebaiknya. Ini dilakukan dengan duduk mencangkung dibawah singki dapur dalam kesamaran. Susuk tubuh yang agak kurus memeluk tubuh jelas kelihatan walaupun suasana malam agak suram. Maman berjaga-jaga juga kalau-kalau dia buat kemunculan khas atas almari, diatas meja atau di atas flush toilet.

3. Teknik harapan palsu. Iaitu melalui penyamaran. Contohnye pernah satu hari, ketika maman duduk seorang dalam bilik, Penghuni ghaib ini akan buka dan tutup pintu luar seolah-olah housemate maman balik rumah. Sedangkan pada hakikatnya, tiada sapa yang balik.

4. Teknik Special Effect MRR2. Seperti mana pengguna MRR2 yang terkejut mendengar bunyi serpihan jalan yang jatuh, hantu dirumah ini juga pandai menggunakan effect bunyi-bunyian untuk melengkapkan profilnya. Teknik ini dijayakan dengan mahkluk ini memperdengarkan bunyi seperti menyeret kaki ketika berjalan. Maman yang pada mulanya kurang percaya bila housemate maman cerita. Sehinggalah pada suatu malam ketika maman sedang berjaga kira-kira jam 3.00 pagi. Maman mendengar sendiri dengan telinga ini akan kesan bunyi seretan itu. Sangat menyeramkan.

Disebabkan faktor-faktor yang telah disebutkan, maman phobia bila seorang diri dirumah. Terasa macam ada tangan akan keluar dari dalam mesin semasa maman masukkan baju dalam mesin basuh. Bila ke ruang tamu, terasa seperti ada orang didapur. Bila nak tidur, terasa macam ada makhluk bawah katil.

Bila salah seorang daripada housemate kami ada menerima gangguan, kami biasanya akan berkumpul dan bercerita. Oleh kerana kami biasanya berkumpul pada waktu malam, maka hanya waktu itulah yang kami dapat luangkan. Malam tu, kami bercerita hantu lagi, semasa tengah meremang bulu ini mendengar cerita ulang tayang ini, tiba-tiba kami dengar grill pintu digoncang.

Kami berpandangan sesama sendiri.

Adakah hantu ini menggunakan teknik baru untuk menakut-nakutkan kami??.

Maman memberanikan diri untuk buka pintu perlahan-lahan. Dan………………..

 

ngachaichai.jpg

Nga Chai Chai………………

“Ayyya… apa pasat lama sgt bukak pintu. Mana itu sewa rumah ini bulan??” kata apek tua kurus di muka pintu.

Cheh! apek tuan rumah kutip sewa rupanya hikhikhik.

4 responses so far

Aug 02 2008

Kuat Kopi Cafe

Published by maman under CurHatKu

9/10 daripada sumber rezeki adalah daripada berniaga. Itulah kata-kata azimat paling popular terutamanya daripada mulut pengusaha MLM.

Kenyataan yang tidak salah malah maman mahu menyahut saranan tersebut dengan positif. Idea ini mungkin maman boleh kemukakan dalam pertandingan KickStart musim akan datang : Maman mahu buka rangkaian kedai kopi KUAT Kopi Cafe (KKC)!.

Welcome to Kuat Kopi Cafe.

Kuat Kopi Cafe adalah rangkaian kedai kopi yang menyediaka pelbagai pilihan kopi tenaga untuk lelaki dan wanita. Rangkaian KKC akan dimulakan di ibu negara sebagai perintis projek Fasa Pertama (Interim). Ini bermakna perniagaan akan dikembangkan kepada kawasan lain pada Fasa Kedua dan juga secara online untuk Fasa Ketiga.

Ramai yang akan salah sangka dengan mengatakan maman meniru konsep Starbuck atau Coffee Bean. Ada juga yang kata maman meniru rangkaian kedai kopi tempatan seperti Old Town Cafe, Kluang Station dan beberapa lagi. Walaupun secara luaran dan dari segi interiornya mungkin agak sama, tetapi maman ingin menekankan bahawa target market untuk Kuat Kopi Cafe dengan semua rangkaian perniagaan kopi yang disebutkan adalah berbeza.

Pelanggan maman bukan orang yang suka membazir banyak duit/berangan banyak duit untuk membeli secawan kopi yang bersamaan dengan harga 10 kampit gula seperti pelanggan Starbuck atau Coffee bean. Pelanggan maman juga bukan jenis yang suka kepada jenama tempatan sahaja.

Prospek Pelanggan

Pelanggan KKC adalah penggemar kopi tenaga yang begitu banyak dipasaran kala ini. Pelanggan KKC adalah mereka yang dahagakan kopi tenaga untuk keperluan seharian mereka. Kuat Kopi Cafe menyelesaikan masalah pelanggan yang selama ini tertipu dengan produk-produk yang tidak diyakini keselamatannya. Produk MLM yang mahal harganya kerana terpaksa beli secara banyak. Pelanggan KKC juga menjadikan rangkaian kedai maman sebagai tempat untuk mencuba dari satu jenis ke satu jenis kopi tenaga tanpa perlu beli SATU PAKET di kedai dan tanpa menjatuhkan airmuka untuk ambil taster beberapa kali dipasaraya.

Produk

Maman tak perlu cipta satu jenama baru kerana maman akan memilih deretan jenama kopi sedia ada seperti Tongkat Ali Power Root, Kopi Jantan, Old Town Togkat Ali, Kopi Ginseng, Kopi Radix dan lain lain. Cabaran yang maman hadapi adalah kos untuk menyediakan buku menu. Menu mungkin akan jadi begitu tebal memandangkan begitu banyak produk kopi tenaga dipasaran. hehe

Selain daripada kopi, maman akan pelbagaikan sumber pendapatan lain iaitu dengan menyediakan satu ruang sewa untuk peniaga lain bagi membuat promosi dengan sewaan hanya serendah RM200 sehari. Ruang sewa ini dinamakan AJAIBNYE!.

Dengan profil pelanggan maman yang istimewa ini, maman percaya ianya akan menarik minat peniaga tongkat ali, minyak lintah, sensa oil, minyak belacak, minyak kambing gurun, gambir sarwak, akar kayu, sure up, vacuum pum, dan juga pengamal urutan batin untuk memyewa ruang AJAIBNYE!.

Penjenamaan / Branding

Branding penting, tetapi maman tidak akan berbelanja besar. Cukuplah ianya dimulakan dengan word to mouth marketing terlebih dahulu termasuklah rekomendasi daripada blogblog, forum-forum lelaki dan rumahtangga, forwarded email, dan Nuffnang. Maman akan buat affiliate dan google adword. Mengedarkan risalah di masjid waktu solat jumaat mungkin sudah agak tidak berkesan kerana terpaksa bersaing dengan risalah cepat kaya MLM, risalah Anwar Ibrahim, risalah Pinjaman Peribadi, risalah pengedar kereta proton/produa, risalah Derma anak yatim dan bersaing dengan peminta sedekah yang tak lekang dek hujan itu.

Maman juga kena buat satu tagline utk Kuat Kopi Cafe ni.. antara yang dicadangkan;

1. Anda pasti puas
2. Isteri bertambah sayang
3. Mantap, Tahan dan teguh
4. Kuat, sihat dan bertenaga
5. Abang Gagah, Isteri Senyum

Online Cafe

Bagi memastikan hubungan dengan pelanggan bukanya bersifat touch and go atau ONS. Laman web KKC akan menjadi one stop centre untuk menyalurkan maklumat berkenaan kopi dan kandungan bahan kimianya. Laman web ini juga menjdi medan testimonial produk kopi yang paling bagus dan komen pelanggan tentang produk yang dijual di ruangan AJAIBNYE!. Perbincangan berkenaan dengan urusan intim rumahtangga juga dibincangkan diforum laman web ini. Ada juga ruang forum untuk Fan Club. Contohnya Minyak Belacak Fan Club dll. Jadi mereka boleh berkongsi penalaman dan merancang axtiviti riadah kelab. Maman juga akan sewakan iklan dan jualan beberapa produk terpilih sahaja (biasanya yang Limited Edition dan sukar didapati)

Masa Depan bisnes

Masa depan bisnes ini adalah cerah. Untuk pasaran luar negara maman akan intai Singapura sebagai negara pertama. Singapura adalah calon terbaik kerana selain daripada mereka mempunyai hubungan win-win situation dengan Malaysia, rakyat melayu singapura AMAT memerlukan rangkaian produk ini atas sebab ini.

Jadi tunggu apa lagi, anda sudah melihat potensi besar perniagaan ini bukan? hubungi maman sekiranya anda ingin menjadi pelabur/shareholder.

6 responses so far

« Prev