Archive for August, 2008

Aug 28 2008

Khas untuk insan yang bergelar TUANRUMAH!

Published by maman under CurHatKu, tuanrumah

Maman ada create satu kategori baru yang didedikasikan khas untuk tuanrumah maman yang selalu kutip sewa TEPAT pada masanya itu tanpa mengira hujan panas, ribut petir ataupun perang saudara.

Komitmen tinggi ini memberikan inspirasi yang besar kepada kami untuk mengenal apa itu erti tanggungjawab dan pengurusan masa.

Namun begitu, memontem ini bagaikan hilang dengan sekelip mata apabila malam tadi rumah kami dipotong bekalan air!

Semalam, ketika Kuala Lumpur disimbahi air hujan beribu-ribu gelen, ada sebuah rumah flet dicelah-celah remang kotaraya ini yang penghuninya mati kutu kerana tiada bekalan air untuk urusan mandi wajib manda, basuh baju, gosok gigi dan sebagainya.

Semua kesukaran ini hanya kerana tuan rumah tidak membayar yuran penyelengaraan.

Setelah membuat panggilan protes kepada tuan rumah malam tadi, diharap hari ini keadaan akan kembali seperti sediakala.

Selain daripada air takungan yang satu bekas itu, tiadalah kami sumber semulajadi lain untuk kegunaan asas seperti diatas. Apa pilihan yang kami ada?. Tak lain tak bukan ialah ;

Pernah ke ko mandi guna air RO seliter RM0.20??? Ado?

2 responses so far

Aug 26 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Published by maman under CurHatKu

M.E.R.D.E.K.A!!!!… *&^%$@%#@ sangat !!!!!

Dalam banyak-banyak iklan, iklan merdeka Petronas adalah yang ditunggu-tunggu. Seperti selalu, iklan merdeka begini tentulah sarat dengan mesej. Tahun ini mesejnya berjimat cermat. Rancang kewangan mengikut kepentingan iaitu UTAMAKAN PENDIDIKAN.

Kami, pelajar perubatan tahun 1 dari University of Newcastle, Australia mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari lebaran kepada keluarga tersayang di tanah air. Juga kepada semua yang mengenali kami di sini.

Lontong lodeh kuah kacang,
Sedap sungguh makan tak henti;
Walau jauh di negara orang,
Ketupat rendang tetap di hati….

Kan!!! Ketupat rendang tetap di hati katanya la kan?….%#$@^@!

Ibubapa manalah yang sanggup melihat impian anaknya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya di perantaun tidak dapat dipenuhi hanya kerana tidak mampu dan tidak dapat biasiswa.

Kami pelajar-pelajar dari Universiti (Monash,Melbourne,Sydney,UNSW,RMIT) di
AUSTRALIA,
ingin mengucapkn SALAM LEBARAN kepada AYAH BONDA, rakan-rakan serta guru-guru kami. Selamat Hari Raya Aidilfitri Musim Bunga dari kami.

 

Bagi seorang ibu atau bapa, yang mana lagi sedih;

 

a) sedih apabila mendapat ucapan ‘kalau makan lemang ingat-ingatlah kami disini’ atau

b) sedih apabila tidak dapat menghantar anak belajar ditempat idaman kerana tidak mempunyai persediaan kewangan yang mantap.

 

Kami Pelajar Dari Aberdeen University dan Robert Gordon University ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga dan seluruh warga Malaysia.

*dimanakah Robert Gordon University itu? Ivy League kah?

Ibubapa mana yang tidak kembang hidung apabila menunjukkan gambar anaknya yang tercetak dalam ruangan Salam Perantauan sebuah akbhar tempatan kepada jiran tetangga dan handai taulan (*tetaplah nak ketwat kan walaupun pointer anaknye diperantaun itu boleh dipersoalkan...). Kawan-kawan yang tinggal di Malaysia pula… tentulah makan hati!.

Jadi, jangan biarkan impian seumur hidup anak ini kita padamkan hanya kerana kita sebagai ibu bapa tidak mempunyai persediaan.

Ya. Persediaan kewangan anak adalah perkara paling utama bagi seorang bapa walaupun si bapa hanya mencari nafkah dengan menjual buah cempedak sahaja. Keutamaan ini dilihat lebih penting daripada jala ikan, kereta mainan baru, langsir baru, perabot baru, barang kemas ataupun impian bapa itu sendiri. Impian anda seorang ibubapa adalah untuk melihat anak kesayangan anda berjaya menggapai impiannya. Pendidikan tinggi ke menara gading dengan hasil simpanan memang ketara lebih baik berbanding pinjaman.

rm41718.jpg

Sekarang, mari kita bedah siasat bagaimana Penjual Cempedak ini boleh membuat simpanan sehingga berjumlah RM41718 dalam masa 8 tahun (mengikut yang diiklankan) lantas dapat menepis daripada meminta-minta bantuan biasiswa dan sekaligus mengelakkan anaknya daripada menanggung hutang sejurus selepas mengenggam segulung ijazah jika membuat pinjaman PTPTN.

Katakan Hanafi (ayah Aiman) mula menyimpan pada usia Aiman 10 tahun, jadi

1. Hanafi ada 8 tahun sahaja untuk membentuk tabung pendidikan Aiman
2. Hanafi menganggarkan kos Yuran Pengajian Tinggi adalah RM40,000.00. Jadi secara kasarnya sebulan Hanafi menyimpan dalam lingkungan RM400.00 untuk tabung pendidikan Aiman.
3. Dalam membuat tabung pendidikan anak, kita perlu juga ambil kira simpanan untuk menampung kos inflasi katakan 6%). Kos yuran juga adalah tidak sama tertakluk kepada tempat belajar, kursus dan samada di universiti swasta atau awam.

Selain menyimpan, Hanafi boleh melaburkan juga duit ini dengan dana yang boleh memberikannya kadar keuntungan lebih 15% setahun supaya tabung pendidikan Aiman lebih cepat mencapai sasarannya. Hanafi boleh juga mengambil unit trust ataupun Plan Insurans sebagai pilihan untuk membuat tabung ini atau kesemua sekali. Contohnya Portfolio Tabung Pendidiakan anak anda adalah sepertiga dalam bank, sepertiga dalam polisi insurans pendidikan dan sepertiga lagi dalam unit amanah.

Bagaimana dengan anak kita? adakah anak kita nasibnya sebaik anak si Penjual Cempedak ini?

atau terpaksa berebut masuk UiTM. ops!.

Patience. Perseverance and hardwork paves the road to success.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 dan Selamat Menghayati Ramadhan Al Mubarak

P/S: Untuk perancangan tabung pendidikan anak anda, anda boleh emel kepada saya. Ibu bapa digalakkan memulakan tabung pendidikan seawal yang boleh agar nilai simpanan bulanan adalah minimum kerana tempoh yang lebih panjang.

One response so far

Aug 21 2008

Tempat Berteduh

Published by maman under CurHatKu

Bagi mereka yang berhijrah ke ibukota untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja, biasanya mendiami rumah flat adalah satu perkara yang hampir tidak dapat kita elakkan.

Kalau penulis blog kita panggil bloger, penduduk flat boleh tak kita panggil flatter?? hehe. Maman yang mempunyai pengalaman yang panjang (lebih daripada 5 tahun) sebagai flatter selama menetap di Kuala Lumpur ini sudah lali dengan kerenah, liku-liku dan jerih perih mendiami rumah yang seperti rumah burung merpati ini.

Tanpa merujuk mana-mana flat tertentu, kita akan dapat melihat karekter penduduk flat yang hampir sama seperti berikut;

1) Flatter jenis “Excuse me, I have taste!”

Mendiami rumah flat tidak menghalang untuk mereka ekpress citarasa tinggi mereka. Ruang yang sempit juga bukan satu alasan. Biasanya flatter yang bercitarasa tinggi akan membuat ubahsuai interior rumah. Jangan terkejut sekiranya dari luar anda mendapati rumah itu kelihatan ’sedih’ tetapi bila anda masuk sahaja, anda seperti berada dalam sebuah unit kondominium. Inilah yang kita namakan flat berfasiliti kondo. Selain daripada rumah, ada juga yang bermewah dengan kereta. Walaupun duduk flat, tetapi ada yang memandu BMW, Merc ataupun Toyota Caldina. Kan?!. Namun bagi penghuni lain yang mungkin sedikit irihati, mereka akan melabelkan flatter jenis ini dalam kategori “ada hati!”  *Pengsan!

2 ) Flatter Jenis “make the world a better place”

Ini jenis yang mempunyai kegemaran khusus bercucuk tanam. Ruang yang sempit atau tiada tanah bukanlah satu halangan besar untuk pecinta seni landskap untuk menjalankan hobi ini. Sekiranya mereka ini mendapat unit flat ditingkat atas tanah ( G ), maka ini merupakan kelebihan besar kerana terdapat sedikit tanah yang boleh digunakan walaupun hanya sejengkal besarnya. Bagi penduduk jenis ini,  peribahasa Secubit tidak dapat jadi segenggam, yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa biasanya adalah salah. Jangan terkejut andai seni menanam ini akan diluaskan ditanah sekitar rumahnya sedikit demi sedikit sekiranya tanah yang sejengkal ruangnya tadi telah penuh. Prinsinp flatter jenis ini adalah Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain. Malah ada yang sehingga menjadi seperti satu ‘taman’ di sekeliling rumah mereka pun ada.

3) Jenis yang “I dont care!”

Di kala jiran tetangga sibuk becucuk tanam atau membuat planning untuk renovate rumah, penghuni jenis “I dont care!” biasanya adalah yang bujang atau pelajar universiti (tetapi yang berkeluarga pun banyak dalam kategori ini juga). Biasanya penghuni jenis ini akan berkongsi dalam jumlah yang agak ramai satu rumah. Jika ada 3 bilik, maka idealnya ada 6 orang. Untuk menonjolkan konsep I don’t care, maka dibawah adalah beberapa tips yang boleh dipraktikkan;

a) Buka lagu atau tv dengan gegak gempita (Kadangkala dengan gabungan budak kecik menangis akan dapat menghasilkan kombinasi yang harmoni)

b) Berkaraoke ketika waktu prima (terutamanya waktu malam dan hujung minggu)

c) Repair motor dan test bunyi remp secukup rasa. Terdapat juga penghuni yang parking motor DIDALAM rumah.. boleh??

d) Sidai basuhan / buang air kotor diberanda yang mana biasanya akan terkena dengan sidaian baju orang bawah. Sekali-sekala seluar dalam, baju dalam dan stoking, juga boleh dijatuhkan sedikit demi sedikit kepada beranda bawah untuk menambahkan kesan.

e) Buat aktiviti yang mengeluarkan bunyi bising seperti repair rumah, ubah perabot, atau aktiviti DIY terutamanya dari mereka yang dari golongon “Excuse me, I have taste!”.

f) Sekiranya semua diatas tidak menonjolkan lagi konsep “I don’ t care”, ada yang lebih dramatik iaitu dengan membawa balik pasangan anda pulang ke rumah. Biasanya tertakluk kepada rumah bujang, golongan ini memang tidak akan kisah apa orang nak sekeliling cakap atau pandang.

4) Jenis ” Ok. I dah reserve.. “

Ada sesetengah penduduk yang akan bergegas keluar dari pejabat bila tepat jam 5.30 untuk pulang kerumah kerana takut tiada parking, tetapi dalam pada itu ada sekumpulan penghuni lain yang relax kerana ia sudah book parking awal-awal dengan meletakkan tanda seprti kon, batu, tong cat, baldi, tulis no plat kereta dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing. Inilah penghuni jenis “OK. I dah reserve..”

Namun begitu ketika semakin ramai yang menjadi jenis ini, kadangkala tidak selamat juga kerana kon atau sebarang tanda yang anda letakkan boleh dialihkan terutamanya oleh penduduk jenis “I don’t care”. Maka terpaksalah juga mengamalkan budaya double parking, free handbrake kalau tidak mahu calar.

Ada tambahan? hehe. Ada. keep coming back ok! hehe

2 responses so far

Next »