Jul 20 2008
Yang Mana Satu
Apa yang anda cadangkan selepas membaca entri ini mungkin akan memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Sememangnya masalah cinta ini sukar untuk dimengertikan. Walaupun ini kisah seorang sahabat yang memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan kekusutannya, ianya mungkin berlaku kepada anda sendiri atau keluarga. Ambillah iktibar mana yang perlu. Sapa sangka hanya 3 minit yang anda luangkan membaca entri ini dapat membantu masa depan seorang manusia dan anda juga.
Sekarang mulakan membaca dengan membayangkan anda adalah seorang lelaki bernama Fahri (bukan nama sebenar).
Fahri mempunyai seorang kekasih hati bernama Nurul. Anda dan Nurul telah berjaya mengharungi badai dalam alam percintaan yang penuh dengan warna warni dan suka duka dengan tabah dan sabar. Sebagai cinta pertama, anda mengharapkan cinta agung ini berakhir dijinjang pelamin. Lantaran sayang yang bukan kepalang apatah lagi bila anda merasakan semuanya seperti berpihak kepada anda, anda berasa bersyukur dan sangat gembira atas kehidupan ini.Anda tidak mahu kehilangannya.
Nurul adalah insan yang sukar diramal peranganinya dan kerana sikap itulah yang diminati oleh anda.
Sehinggalah pada satu hari, Nurul memberitahu anda dia ingin menarik dari daripada perhubungan cinta agung ini. Anda terkejut. Sangat terkilan. Hancur luluh semua impian yang telah anda ciptakan di lakaran kehidupan akan datang anda. Nurul tidak memberitahu kenapa dia sanggup meninggalkan anda sedangkan anda tahu Nurul hanya mencintai anda seorang.
Sebagai seorang lelaki yang baik hati, anda merelakannya pergi walaupun terpaksa. Perpisahan dengan hati yang berat amat menguris perasaan anda yang paling dalam. Namun begitu, jauh disudut hati anda, terus menunggu Nurul untuk kembali, walaupun ianya mengambil masa sehinga seribu tahun lagi. Anda meneruskan kehidupan meniti hari-hari mendatang tanpa Nurul disisi. Seorang. Sedih tetapi anda cuba menerima takdir ini dengan hati yang terbuka.
Walaupun begitu anda tidak pernah takut untuk jatuh cinta lagi sekali. Sehinggalah Aisha kenalan zaman sekolah anda datang pada waktu anda memerlukan teman. Aishah berkerjaya sebagai doktor perubatan dan seorang yang berperwatakan lembut, penyayang dan anda merasakan ianya juah lebih baik daripada Nurul. Hubungan yang bermula sebagai rakan akhirnya berputik satu ikatan yang sukar dimengerti yang dinamakan cinta.
Anda mengambil keputusan Aisha adalah bakal suri hati anda yang akan menemani hari-hari tua anda dan yang bakal melahirkan anak-anak anda.
Anda mahu berkahwin dengan Aisha.
Belum pun anda memberitahu Aisha berita gembira itu, Anda menerima panggilan telifon dari nombor yang cukup anda kenal. Nurul telah menghubungi anda untuk membincangkan satu perkara penting.
Anda berjumpa Nurul dengan suasana amat ringkas namun anda terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Nurul. Nurul kini sedang menderita kerana mengidapi kanser dan dia ingin benar kembali kepada anda. “Cinta I untuk U sangat kuat” kata Nurul kepada anda. Anda merasakan Nurul memerlukan teman untuk berada disisinya sepanjang rawatan yang akan di mulakan pada hujung bulan. Apa yang nyata, Nurul kini sudah berubah dengan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.
Berita ini sepatutnya menggembirakan anda kerana Tuhan telah mendengar dan makbulkan doa anda dahulu. Apatah lagi dengan penyakit yang Nurul alami itu, hati anda pantas sayu. Pada waktu itu, ada sedar bahawa sayang anda pada Nurul masih belum luput.
Namun begitu, apabila mengambil kira perasaan Aisha, anda menjadi serba salah. Anda mengambil keputusan untuk simpan dahulu perkara ini daripada pengetahuan Aisha kerana risau ianya akan menguris perasaan Aisha si jantung hati anda.
Persoalan yang bermain difikiran anda sekarang adalah siapa yang sepatutnya anda pilih? Adakah Aisha perlu diberitahu perkara ini? Apa reaksi yang mungkin bakal berlaku?
Dan yang paling utama, apakah penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua insan istimewa yang telah mencuri hati anda ini?
Apa pandangan anda ntuk membantu sahabat kita ini?. Anda bebas utarakan pendapat dari kacamata Sebagai Fahri, atau Nurul atau juga Aisha.











