Archive for July 30th, 2008

Jul 30 2008

Kejohanan Perahu Naga

Published by under SetemKu

Naga, binatang haiwan yang telah banyak menjadi simbol bagi masyarakat cina kini diterjemahkan dalam bentuk perahu pula. Oleh kerana naga hidup tidak lagi wujud zaman ini, maka anda lihat sahaja perahu naga yang bergerak ditengah lautan seolah-olah seperti naga yang perkasa membelah air. Ok lah kan…. :)

Ingin melihat naga-naga ini berlumba?. Bertuah anda kerana Pulau Pinang akan menjadi penganjur kepada perlumbaan perahu naga terbesar yang julung kali dilangsungkan di rantau Asia Tenggara iaitu Kejohanan CCWC yang pertama di Asia dan Kejohanan Perahu Naga Asia yang ke-8 diadakan di Empangan Teluk Bahang.

Acara kali ini sangat istemewa kerana anda berpeluang untuk memiliki setem kenang-kenangan bagi program menarik ini.  Jangan tunggu lagi, tambah koleksi setem anda dengan keluaran ini pada 01.08.08 ini;

30 sen jerk!

Erm.. sangat menggalakkan nilai kerja berpasukan dan persahabatan

50 sen je?

Wah! Penuh kosentrasi mengikut rentak!

Fuyo..seringgit!

Tu dia.. Tradisi lama yang dijadikan sukan bercirikan kesenian.

Bukan hanya setem, tetapi anda boleh juga kumpul lembaran mini, sampul surat hari pertama dan juga Folder Set untuk keluaran ini.

EDISI TERHAD TANPA TEBUKAN

Terhad!. Istimewa untuk keluaran ini sahaja, helaian Setem  (Stamp Sheet) keluaran ini datang TANPA TEBUKAN. The Only One of Its Kind. Ia menjadikan setem ini sangat trampil, unik, ganjil dan mesti dimiliki.

 Zaman dah berubah, dunia dah maju….

Bukan itu sahaja, malahan anda juga akan mendapat cenderahati jika beli Forder Set ini secara online di http://www.posonline.com.my/eshop

No responses yet