Jul 17 2008
Sinusitis Fun Club
sms : Bos. I am on MC today!
Hari ini maman MC. Kalau datang ke pejabat pun kesian kan rakan-rakan setugas sebab maman mungkin akan menyebarkan virus (doc kata viral virus bla bla bla) kpd mereka dengan bersin yang tanpa kenal erti BERHENTI itu. Jadi maman mengambil keputusan untuk cuti. Maman umpama lilin yang membakar diri. Mulia? kan. hehe

Setelah dirujuk kepada doktor putra (yang maman tetap setia menjadi pengunjung walaupun kliniknya bukanlah panel PMCare), doctor mencadangkan beberapa ubat. “Sekarang kita akan start bagi antibiotik dan Bena Expectorant untuk batuk dan untuk selsema you itu cuba try ini” katanya sambil menulis Rhinocort Spray diatas sekeping kertas memo. Tugas maman ialah untuk membelinya di farmasi sebab klinik dia tidak menjual ubat hidung ini.

Sebelum pergi farmasi, kena pergi bank terlebih dahulu sebab duit dah habis bayar antibiotik kat klinik tu td. Selepas ke bank kena beli minyak dulu. Sampai di Guardian… “Kami tak ada pharmasist!” kata salesgirl. Jadi tak dapat la beli. Pergi pula ke famasi lain dan dapatlah benda alah yang dicari-cari dengan harga RM40.

Rhinocort Aqua RM40.00
Lepas tu kena la g makan juga sebab nak makan ubat kena perut berisi.

oh.. ada orang tu bukak business kedai makan tak cakap pun dengan kitaorang
Huh! Macam Explorace pulak hari ini. Suka?!.
Semasa beli ubat sinus itu, pharmsist telah memperkenalkan satu produk bernama Haven Air Sterilizer yang sesuai untuk menaturalkan udara dalam bilik. Mungkin udara bilik tak bersih, jadi ia akan menyebabkan alergic dan sebab tu maman tak pernah elok dari bersin dan selsema. “Alat inilah yang akan mengeluarkan ion-ion negatif yang akan membunuh kuman-kuman di udara dalam bilik tu” kata pharmasist yang juga maman rasa sangat berbakat menjadi upline MLM itu.
Harganya RM900 plus something. Mahalkan? . Eh! apa sangatlah dengan nak dibandingkan harga tersebut dengan kebersihan udara dan kesihatan yang bakal maman miliki nanti kan. Ermm. Tapi maman hold dulu keputusan untuk beli. Benda mahal macam ni mana boleh kita buat impulse buying macam tu kan. Maman bukannya kerja gomen yang boleh beli Ipod kat Suvarnabhumi Air Port Duty Free just like that kan!. Ops sapa tu???! hehe.
Pengajaran yang kita boleh contohi adalah : MAMAN SUKA PHARMASIST TO BUAT CROSS SELLING!


“Adik tak nak ambik stepper ni ke? bagus untuk kuruskan badan.Slim.slim.slim… boleh simpan bawah katil”
Ayo perluke? Smartshop sgt pharmasist itu
Pokok pangkalnya, sinusitis yang maman alami ni sebenarnya sudah lama. Dan doktor mengatakan ramai pesakit dia yang mempunyai masalah yang serupa. Namun begitu, doktor menambah, alahan dan juga kesan ubat adalah tidak sama mengikut setiap pesakit. Jadi jangan berhenti mencuba. (Merasalah kena letak dalam budget bulanan untuk mencuba segala rawatan resdung yang ada dipasaran daripada yang tradisional hinggalah klinikal – yang guna lipas pun ada kan *pengsan tak?)
Menurutnya dalam masa seminggu sepatutnya maman akan dapat melihat kesan Rhinocort spray ini dengan syarat disemburkan dalam lubang hidung yang bak seludang mayang tu dua kali sehari regardless ada selsema atau pun tidak.
Well.. we’ll see…




