Jul 13 2008
Protected: Goodbye my friend

Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget.
Hari Isnin ini tidak lagi sama seperti hari Isnin yang biasa kita alami di PosNiaga. Hari yang cukup bersejarah kerana seorang rakan di kepulauan ini sudah membawa diri.
12 budak itam, keje macam ribut,
1 bg surat layang cabut, tinggal lagi 11
11 budak itam, diopis tak berenti bercakap
1 masuk maktab, tinggal lagi 10
10 budak itam, suka lawat kawasan
1 lari naik city ke Kedah punya cawangan, tingal lagi 9
9 budak itam…selalu puch card awal…
?????
-bersambung
Seperti lagu 10 budak hitam yang kita selalu sebut-sebut, nampaknya seorang demi seorang akan meninggalkan lembah keramat ini. hehe
Walaupun hari Jumaat yang agak mengharukan sudah berlalu, tetapi kesan syahdunya ada lagi. Mengimbas kembali semasa majlis perpisahan itu dan sepanjang wan menjadi rakan sekerja, sapa yang tak terharu kan.

Most people walk in and out of your life, but only friends leave footprints in your heart.
1) Walaupun aku tahu markah jatuhan pin aku selalu lebih dari ko
, aku akan ingat mcamana kita pernah dulu bersungguh-sunguh berlatih when everytime aku pegi main bowling lepas ni.
2) Walaupun aku tahu pengganti ko nanti belum tentu boleh tolong punch card kan untuk aku, aku tetap akan ingat ko antara yang SELALU mendapat panggilan hangit dari aku sebelum tugas asasi itu diambil alih oleh zetty dengan jayanya.

Good friends are like stars….you don’t always see them, but you know they are always there.
4) Walaupun aku beli saham pos malaysia, tapi ko yang terlebih rajin update daripada aku kan… motiffff??? Nasib baek syuk ada yang akan mewarisi hobi ko tu nanti.
5) Walaupun ko kata nak join outing kitaorang nanti, hakikatnya lepas ni berkurang satu kereta kalau g konvoi kemana-mana. huhu

A best friend is like a four leaf clover, hard to find and lucky to have.
6) yang paling best bab belanja tu…. terima kasih bawak kitaroang makan2 kat Tupai-tupai, tang ling etc. Mudah-mudahan murah rezeki melimpah ruah lepas ni (dan tentulah akan upgrade polisi insurans accordingly kan…. hehe)
7) Walaupun aku tak bagi hadiah untuk farewell, tapi aku dapat cawan, jd dedicated blog entri tribute khas untuk ko ni adalah hadiah dari aku… hehe

Some people make the world special by just being in it.
Macam apa yang En. Wan cakap semasa memberi ucapan perpisahan yang SEPATAH DUA KATA itu, ko pergi untuk mengejar impian ko. Selamat Maju Jaya. Walaupun rasa terkilan ko dah tak ada kat depan meja aku, aku tumpang gembira sebab ko pergi untuk mengejar cita-cita yang selama ini ko dambakan. tak semua orang bertuah dapat mengecapi apa yang diimpikan dari kecik.
Keep in touch, kalau kitaorang terlalu BUSY nak layan email ko nanti..ops! hehe rajin2 lah lawat blog ni..
All the best!

Best friends are the siblings God forgot to give us
Yang benar,
maman



