Archive for July, 2008

Jul 31 2008

Baru ! Rebat tunai online

Surprise!
yang org sebut2
“untie…. ni la rebat tunai format baru.. yang ORANG sebut-sebut tyuuu…….”

Ingin tuntut rebat tetapi sudah bosan untuk beratur di Pejabat Pos? Jangan kecewa dan putus asa. Kini alami kemudahan terbaru daripada Pos Malaysia untuk memudahkan anda membuat tuntutan rebat tunai kenderaan anda.

Mulai 1 Ogos 2008, anda yang telah memperbaharui LKM kini boleh membuat tuntutan dengan meng’kredit’ kan ke dalam akaun bank anda.

Mudah! Mantap dan lebih terampil!

Proses ini lebih mudah dengan menggunakan PosOnline. Layari https://www.posonline.com.my dan anda boleh terus merebat secara online. Jangan berlengah lagi, rebat lah sekarang!.


Alhamdulillah…. nenek rasa urusan rebat akan lebih mudah lepas ni…
bolehlah nenek claim sambil2 belajar buat blog ni…

- nenek maimun

P/S: anda juga boleh pilih untuk menerima kiriman wang. tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Rating: ★★★½☆

 

 

3 responses so far

Jul 30 2008

Kejohanan Perahu Naga

Published by under SetemKu

Naga, binatang haiwan yang telah banyak menjadi simbol bagi masyarakat cina kini diterjemahkan dalam bentuk perahu pula. Oleh kerana naga hidup tidak lagi wujud zaman ini, maka anda lihat sahaja perahu naga yang bergerak ditengah lautan seolah-olah seperti naga yang perkasa membelah air. Ok lah kan…. :)

Ingin melihat naga-naga ini berlumba?. Bertuah anda kerana Pulau Pinang akan menjadi penganjur kepada perlumbaan perahu naga terbesar yang julung kali dilangsungkan di rantau Asia Tenggara iaitu Kejohanan CCWC yang pertama di Asia dan Kejohanan Perahu Naga Asia yang ke-8 diadakan di Empangan Teluk Bahang.

Acara kali ini sangat istemewa kerana anda berpeluang untuk memiliki setem kenang-kenangan bagi program menarik ini.  Jangan tunggu lagi, tambah koleksi setem anda dengan keluaran ini pada 01.08.08 ini;

30 sen jerk!

Erm.. sangat menggalakkan nilai kerja berpasukan dan persahabatan

50 sen je?

Wah! Penuh kosentrasi mengikut rentak!

Fuyo..seringgit!

Tu dia.. Tradisi lama yang dijadikan sukan bercirikan kesenian.

Bukan hanya setem, tetapi anda boleh juga kumpul lembaran mini, sampul surat hari pertama dan juga Folder Set untuk keluaran ini.

EDISI TERHAD TANPA TEBUKAN

Terhad!. Istimewa untuk keluaran ini sahaja, helaian Setem  (Stamp Sheet) keluaran ini datang TANPA TEBUKAN. The Only One of Its Kind. Ia menjadikan setem ini sangat trampil, unik, ganjil dan mesti dimiliki.

 Zaman dah berubah, dunia dah maju….

Bukan itu sahaja, malahan anda juga akan mendapat cenderahati jika beli Forder Set ini secara online di http://www.posonline.com.my/eshop

No responses yet

Jul 26 2008

Muka Dua

Published by under CurHatKu

Bukan sahaja maman, tetapi maman rasa ramai yang diantara kita membesar dengan didikan daripada orang tua supaya kita jangan amalkan perangai bermuka-muka. Orang biasanya akan meluat dengan orang yang bermuka plastik ini. Umumnya begitulah kan. Negatif dan sememangnya sarat dengan unsur-unsur sifat mazmumah.

bermuka dua

TWO FACES!

Walau bagaimanapun label yang kita lekatkan kepada two faces ini, ada ketikanya dalam beberapa perkara tertentu kita seolah-olah meluluskannya pula dalam kehidupan seharian kita, biasanya dalam hal-hal yang positif;

Kita akan rasa marah kalau petugas kaunter atau pramusaji (pelayan) atau pramugari bermasam muka dengan kita. Kita mahu dia sentiasa ceria melayan kita hanya sebab dia bertugas dikaunter. “that is their job”. Orang yang berkhidmat dengan pelanggan atau frontliner mesti tahu manis muka walaupun pada hakikatnya ketika itu dia sedang berhadapan dengan kes perceraian rumahtangga.

Lihat juga bagaimana orang yang terlibat dengan bisnes, politik, GRO dan pel*c**, yang terpaksa mempamerkan wajah-wajah manis hanya untuk mendapatkan pelanggan, jualan, kontrak, undi dan sebagainya.

Budaya ini pula sudah sebati dengan kerjaya seperti pelakon tv/filem/drama, pengacara, model, penyanyi dan kebanyakkan mereka yang menceburkan diri dalam bidang entertaiment business.

Sehingga kucing pun yang pandai buat muka kesian selalu akan dapat makanan lebih. Oleh kerana luasnya penggunaan skill bermuka-muka ini daripada setinggi pemimpin negara sehinggalah kepada peminta sedekah, maka tidak dapat kita sangkal, skill ini boleh dikira tidak kurang pentingnya.

Percaya atau tidak, dengan latihan dan pengalaman yang mencukupi anda juga boleh menjadi seperti mereka. Latih tubi secara kerap dengan memlakukan mimik muka sedih, gembira atau meluat setiap kali melihat cermin mungkin boleh membantu mempercepatkan kemahiran anda. Jika tengok cerita lawak ditv/emel, cuba-cubalah buat muka neutral/tanpa perasaan. Jika anda boleh menangis ketika tengok cerita lawak dan boleh ketawa bila tengok cerita sedih.. maman ucapkan bravo walaupun orang lain mungkin kata anda gila.

Bila sudah mahir manalah tahu boleh digunakan kalau-kalau diperlukan satu hari nanti. Contohnya, anda kini tidak lagi ketawa terbahak-bahak depan komputer bila menerima emel-emel lucu. Sebaliknya muka anda yang setiasa serius depan komputer mengambarkan anda sedang khusyuk melakukan analisis pasaran saham. Dan ini seterusnya menaikkan reputasi anda.

tahniah.. lakonan sudah bagus. Cuma perlukan lebih penghayatan.. nanti boleh berlakon dalam filem saya.

Satu nasihat, jangan salah guna.

P/S: Terima kasih kepada pemberi komen dalam entri lepas. Semoga Fahri mendapat apa yang dicari-carinya.

2 responses so far

Next »