May 21 2008
i am back!
See.. i am back!
Cuti maman tak lama, 4 hari sahaja tetapi BANYAK perkara yang berlaku di pejabat.
Ada yang nak mencandat sotong. Ada yang tak boleh pergi mencandat sotong. Ada unit restruction. Ada yang melompat dari dept ini ke dept itu (tapi bukanlah lompat temporarily resign terus keluar mcm CheDet). Ada yang muka masam kena sound bigboss. Ada yang beli cuti. Ada yang ditinggalkan bos. Ada yang dapat BONUS?.. erk!
Figure 1.0 : Ayo.. dapat duit bonus dalam bath ka?
10K bth untuk dihabiskan di Thailand
Banyak jugak kejutannya. Kiranya melengkapkan senarai siri kejutan yang dimulai dengan kejutan yang maman terima daripada Surat berdaftar Pos Malaysia Berhad beberapa hari sebelum fly ke Suvarnabhumi Airport, Bangkok.
Figure 1.2 : Surprise!!! Saman Speed Trap drp Polis DiRaja Msia
Dengan sedemikian banyak gossip kejutan, momentum motivasi untuk berkerja tidaklah semakin mencanak-canak. Bila balik opis tengok muka sorang-sorang macam stress je, macamana nak kekalkan semangat yang hilang? Rasa macam nak sambung bercuti lagi pulak. Macamana tu? Patutkah maman berkerja di travel agensi sahaja?
Kepada yang sudah lama tak ambil cuti, bawa-bawalah berehat. Pergilah melancong.. untuk girangkan sedikit hati nan lara tu dan kurangkan sedikit HIGH BLOOD PRESSURE ke.. tengok2lah tempat orang.. seronok you!
Pergi la ke Bangkok ke….

Figure 1.3 : Di Suvarnabhumi Airport

Figure 1.4 Bleh melawat Grand Palace dan tegok segala kuil2 grand yang ada kat situ

Figure 1.5 : Korang tengok la, dewa dioarng lagi stress (esp yg tengah tu) kena junjung dinding. Yang dua lagi tu macam dah redha je. So apa sangatlah nak dibandingkan dengan stress korang kat opis tu. Ada kena junjung dinding ka???

Figure 1.6 : Chatuchak Weekend Market. Must Visit!
atau jalan-jalan ke Pattaya ke?

cerita banyak pun tak guna, pendek kata pergilah melancong…….



