Archive for May, 2008

May 27 2008

” Alat & Bahan Kesenian Siri II”

Published by maman under SetemKu

Pernah terfikir untuk mengumpul setem sebagai hobi?. 

Jika anda memberi peluang untuk diri anda melihat-lihat koleksi setem di unit Filateli, Pos Malaysia Berhad, jangan terkejut sekiranya anda akan jatuh cinta pandang pertama dengan koleksi setem ini.  Kalau tak pergi ke HQ pun, bolehlah singgah dimana-mana pameran yang disertai oleh Filateli (contohnya Bookfest yang berlangsung di KLCC sekarang). Percaya atau tidak, mengumpul setem mempunyai tarikannya tersendiri. Macam kes rumizu ni lar.

“Dulu aku rasa mcm pelik tgk org minat mengumpul setem..Semalam aku singgah la gerai Pos Malaysia kat MITC, Melaka.. Maman jaga kat situ.. Aku memula gelakkan la maman bukak topik setem ni, sekali pas aku tgk setem2 kat situ dgn 1st day covers, hehe akhirnya aku terbeli gak a few setem.. mmg cantik².. Baru aku tau nape org suka kumpul setem..”

Jadi selain daripada hobi anda sekarang kumpul hutang, bolehlah anda mula kumpul setem. Mulakan dengan setem yang akan dikeluarkan pada 10.06.2008 ini bertema ” Alat & Bahan Kesenian Siri II”;

aw-folder.jpg

Jangan ketinggalan mendapatkan 3 jenis corak setem dengan denominasi 50sen dan 30sen dengan rekabentuk yang menarik.

setem1.JPG

Yang KUKUR KELAPA tiga segi itu dijangka SOLD OUT sebab setem berbentuk begini jarang-jarang di keluarkan. Dapatkannya segera. Lagipun sejak kehadiran si Blander dan Kelapa Segera… bila la masanya korang nak guna kukur kelapa dan batu giling tu kan… huhu

Bermula jun ini, koleksi Folder Set untuk keluaran juga ini boleh anda beli secara online di https://www.posonline.com.my/eshop

3 responses so far

May 21 2008

i am back!

Published by maman under KembaraKu

See.. i am back!

Cuti maman tak lama, 4 hari sahaja tetapi BANYAK perkara yang berlaku di pejabat.

Ada yang nak mencandat sotong. Ada yang tak boleh pergi mencandat sotong. Ada unit restruction. Ada yang melompat dari dept ini ke dept itu (tapi bukanlah lompat temporarily resign terus keluar mcm CheDet). Ada yang muka masam kena sound bigboss. Ada yang beli cuti. Ada yang ditinggalkan bos. Ada yang dapat BONUS?.. erk!

dsc01030.JPG

Figure 1.0 : Ayo.. dapat duit bonus dalam bath ka?

10K bth untuk dihabiskan di Thailand

Banyak jugak kejutannya. Kiranya melengkapkan senarai siri kejutan yang dimulai dengan kejutan yang maman terima daripada Surat berdaftar Pos Malaysia Berhad beberapa hari sebelum fly ke Suvarnabhumi Airport, Bangkok.

dsc01029.JPG

Figure 1.2 : Surprise!!! Saman Speed Trap drp Polis DiRaja Msia

 

Dengan sedemikian banyak gossip kejutan, momentum motivasi untuk berkerja tidaklah semakin mencanak-canak. Bila balik opis tengok muka sorang-sorang macam stress je, macamana nak kekalkan semangat yang hilang? Rasa macam nak sambung bercuti lagi pulak. Macamana tu? Patutkah maman berkerja di travel agensi sahaja?

Kepada yang sudah lama tak ambil cuti, bawa-bawalah berehat. Pergilah melancong.. untuk girangkan sedikit hati nan lara tu dan kurangkan sedikit HIGH BLOOD PRESSURE ke.. tengok2lah tempat orang.. seronok you!

Pergi la ke Bangkok ke….

dsc09576.jpg

Figure 1.3 : Di Suvarnabhumi Airport

Grand Palace

Figure 1.4 Bleh melawat Grand Palace dan tegok segala kuil2 grand yang ada kat situ

Grand Palace

Figure 1.5 : Korang tengok la, dewa dioarng lagi stress (esp yg tengah tu) kena junjung dinding. Yang dua lagi tu macam dah redha je. So apa sangatlah nak dibandingkan dengan stress korang kat opis tu. Ada kena junjung dinding ka???

dsc00888.jpg

Figure 1.6 : Chatuchak Weekend Market. Must Visit!

atau jalan-jalan ke Pattaya ke?

dsc09640.jpg

cerita banyak pun tak guna, pendek kata pergilah melancong…….

One response so far