Apr 29 2008
Masihkah kau ingat
Alamak. Lupa pulak nak update blog.
Begitulah sibuknya maman sejak minggu yang lepas. Setelah 2 minggu bekerja tanpa kenal erti weekend meniti hari-hari getir di Melaka menjayakan kempen pemasaran syarikat, hari ini maman berehat sehari sementelaah meredakan sedikit keletihan otot-otot yang stress ini.
Hari – hari di pejabat yang telah dilupakan seketika bakal menerpa kembali esok hari dengan workload seperti rakyat Melaka menerpa kaunter ePeraduan di Minggu Saham Amanah Malaysia minggu nan lalu. Maman pasti senarai tugasan bakal menjadikan sehari dipejabat amat pendek sependek skirt Anne Ngasri semasa mengaminkan doa itu. Short, simple and Not sweet.

Takut juga terlupa itu dan ini seperti yang selalu berlaku. Maklumlah, maman ni mudah lupa. Tapi percaya tak, sebenarnya ramai juga yang ada penyakit lupa ini tapi dalam rupabentuk yang agak berbeza.
Tun yang pernah mengatakan Melayu mudah lupa pun kadangkala lupa ketika di mahkamah. Ada juga anak yang lupa untuk balik kampung melawat ibu ayah. Lupa no telefon. Lupa url address. Lupa nak call. Lupa jalan. Lupa isi minyak. Lupa bayar sewa rumah. Ada yang lupa birthday anak buah. Lupa kunci rumah. Lupa kunci kereta. Lupa matikan suis sterika. Itu belum termasuk yang agak tak berapa sedap bila lupa solat, lupa bayar hutang dan yang paling menakutkan, LUPA DIRI.
Nah, kini masalah lupa adalah masalah semua. Bukan hanya untuk golongon marhaen sahaja tetapi mencakupi semua lapisan masyarakat. Mungkin juga ini adalah masalah anda? Cuba ingat-ingat apa yang anda sudah lupa?. ada bukan? Bermakna ada lah penyakit lupa juga sedikit sebanyak.
Dalam pada nak mengatasi masalah ini, maman sudah mula menjinakkan diri untuk mengambil makanan tambahan yang mempunyai ekstrak Gingko Biloba. Selain fungsinya untuk melancarkan peredaran darah, ia juga dipercayai mampu menguatkan daya memori.*
Kalau tidak mempunyai memori seperti Adi Putra pun, cukuplah kalau setakat boleh mempunyai daya ingatan yang lebih baik.

“Otak Adi macam Ferrari tapi dibawanya macam Kancil”
Otak maman macam Kancil tapi dibawanya macam Ferrari.. *tak pengsan kaw?
P/S: Gingko Biloba boleh dibeli online melalui PosNiaga eShop.
___________________________________________________
* Katanyer ! there is promising early evidence favoring use of ginkgo for memory enhancement in healthy subjects, altitude (mountain) sickness, symptoms of premenstrual syndrome (PMS), and reduction of chemotherapy-induced end-organ vascular damage.



