Apr 21 2008
Membeli Impian
Dari kecil anda mungkin sudah terpikat untuk menjadi angkaswan, jurutera, cikgu, ahli politik dan macam-macam lagi. Bila meningkat dewasa, ketika anda sudah tahu kepentingan wang dan harta dalam menjalani hidup yang sementara ini, impian anda mungkin secara relatifnya akan berubah.
Ramai yang takut miskin.
Bukan hanya kita seorang, ketika ini maman percaya ramai yang berkongsi menyimpan sekelumit cita-cita untuk memiliki duit berkepuk-kepuk. Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM10K, menghirup udara Paris untuk bercuti, menyelusuri jalanraya dengan memandu kereta mewah, menikmati kedamaian dengan menghuni rumah mahal, menambahkan keselesaan dengan ubahsuai rumah sehingga RM70K atau sekurang-kurangnya kita boleh mendapat apa yang kita mahu tanpa perlu memendam rasa.
Siapalah yang tidak terdetik rasa cemburu dengan nikmat kemewahan segera seperti yang dikecapi oleh Mawi, Mila, pemenang RM1juta peraduan Telekom itu dan ramai lagi lah. Kerana bukan maman yang dapat, nak pujuk hati kita katalah “dah razeki diaorang… “ hehehe.
Nak tunggu bulan jatuh ke riba macam diaorang tu, entah zaman Rancangan Malaysia ke-berapa agaknya akan kita dapat. Kadang-kadang tunggu sampai ke hujung nyawa pun tak muncul-muncul juga tuah itu. Jadi ramai yang mula usaha sendiri..
Siapalah yang tidak mahu, bila mendapat duit pendapatan RM 40K bulan ini sedangkan gaji RM40K yang diterima bulan lepas belum lagi habis dibelanjakan. Tak terharu kaw?
Kita mahu menjadi orang biasa dengan pendapatan luar biasa.
Berbekalkan niat dan visi tersebut, usaha dikerah untuk mengubah visi menjadi realiti. Ketika ramai yang nekad membuat keputusan menjual Unit Trust, insurans, membuat perniagaan multilevel marketing yang bertali arus tumbuh bagai rumahurut lepas hujan itu, perniagaan internet, internet marketing, dll, ada juga yang memilih untuk bekerja di luar negara tanpa menyangka akan tertipu.
Sedih bila impian ini menjerat diri sendiri. Belum pun kita lupa tentang seorang gadis Kelantan yang terpaksa menjalani hukuman gantung sampai mati kerana menyeludup dadah di selatan negeri China, hari ini Norfaizura Azura Md Lias , 28 dan rakannya Dayang Sakienah, 20 sedang menunggu dijatuhkan hukuman setelah terperangkap dan ditahan di Malta kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Persoalan yang bermain di minda maman;
1. Macamanalah kalau tragedi seperti seperti Pn Faizura ni terjadi dlm keluarga kita sendiri? Ya Allah, mintalah dijauhkan
2. Adakah mereka berfikir tidak cukup panjang sebelum buat keputusan?
3. Apakah kisah yang sebenarnya berlaku? Apa sebab terbesar dia buat semua ni? )* kalau dia tulis blog mesti menarik kisah hidup dia… hehe
4. Bila sudah mendapat duit yang banyak itu, adakah itu makna sebenar ketenangan kehidupan seperti yang kita impikan selama ini? dan soklan last…
5. Malta tu di mana ya? Hehehe…….




