Archive for April 6th, 2008

Apr 06 2008

the worst part…

Published by maman under Uncategorized

Benarlah orang biasa cakap, untuk mengingat benda buruk adalah lebih mudah daripada nak ingat perkara yang baik-baik. Contoh klasik: untuk ingat artis yang ada skandal adalah lebih mudah berbanding artis yang baik budi..

Pernah dengar perbualan sepert ini;

Si Kawan : Si Lutfyah ni kan adik kepada pelakon Anak Pontianak tu kan?

Si Kawan lagi satu : Anak Pontianak yang mana?

Si Kawan : yang gambar t*t*k dia kat emel tu..

Si Kawan lagi satu : Owh..yang tu… (sambil angguk2)

Semalam semasa makan malam sempena sambutan PNB ke 30 apa yang terpahat dihati memang segala yang tak berapa manis;

dsc00960.JPG

Menanti ketibaan orang kenamaan terlalu lama menyebabkan majlis bermula LEWAT daripada sepatutnya yang dijadualkan.. menunggu dengan keadaan kelaparan ini merupakan satu bentuk torture yang menyebabkan tekanan emosi dan trauma.. huhu

dsc00964.JPG

Petai yang tidak diwrap menyebabkan aromanya memenuhi ruang dewan.. bau haruman bunga matahari itu pun meresap dalam aroma si raja ulam. (btw bunga matahari ada bau ke?? hehe)

dsc00967.JPG

seperti biasa.. walaupun berlangsung di KLCC, ada juga makanan yang tak berapa sedap…

Bukan itu sahaja, keadaan yang sama berlaku apabila momen tidak berjaya untuk membawa pulang apa-apa semasa MCMC bowling tournament tadi setelah berlatih beberapa kali di beberapa pusat bowling disekitar ibu kota tetap kukuh terpahat diingatan. Jatuhan pin pula dilihat lebih baik ketika bermain semasa latihan berbanding semasa tournament. Segala teknik yang telah dilakukan spt teknik kepit, teknik seret (instead of lontar), teknik bola putar dan teknik-bola-masuk-longkang-naik-semula-jatuhkan-pin nampaknya masih belum membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Cikedutzs yang tak practice apa pun dapat membawa pulang hamper.. at least dia bertuah lah jugak.. (btw melihat corak permainan Cikedutzs pada tournament kali ni, untuk tahun hadapan mungkin you boleh mulakan dengan belajar teknik lane-berpagar).. ahaks.. huhu

dsc00958.JPG

Hanya kenangan semasa latihan… too bad

:(

Mengikut konsep Law of Attraction, mengenang perkara yang negatif adalah TIDAK BOLEH kerana ianya akan memberikan kesan yang tidak baik kepada tenaga disekeliling kita yang akan menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang kita tidak inginkan berlaku dalam hidup. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan untuk tumpukan kepada perkara-perkara positif yang memberikan rasa seronok atau yang menggembirakan..

Jadi untuk dinner itu, maman sepatutntnya capture perkara baik yang berlaku. Mungkin bermula dengan door gift yang cantik itu..

Door Gift

walaupun ianya bukan armani.jpg (armani)… tapi cute juga la..

Dan untuk prestasi bowling yang sangat mendukacitakan itu, dilihat daripada sudut positif, maman teringat kata-kata orang pintar seperti dibawah;

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna itu adalah kemenangan.

 

Renung-renung kan…. :)

(esp untuk rakan sepasukan seperti yang tetera diatas termasuk haidan dan Wan :| )

 

 

3 responses so far