Archive for April, 2008

Apr 29 2008

Masihkah kau ingat

Published by maman under Uncategorized

Alamak. Lupa pulak nak update blog.

Begitulah sibuknya maman sejak minggu yang lepas. Setelah 2 minggu bekerja tanpa kenal erti weekend meniti hari-hari getir di Melaka menjayakan kempen pemasaran syarikat, hari ini maman berehat sehari sementelaah meredakan sedikit keletihan otot-otot yang stress ini.

Hari – hari di pejabat yang telah dilupakan seketika bakal menerpa kembali esok hari dengan workload seperti rakyat Melaka menerpa kaunter ePeraduan di Minggu Saham Amanah Malaysia minggu nan lalu. Maman pasti senarai tugasan bakal menjadikan sehari dipejabat amat pendek sependek skirt Anne Ngasri semasa mengaminkan doa itu. Short, simple and Not sweet.

Takut juga terlupa itu dan ini seperti yang selalu berlaku. Maklumlah, maman ni mudah lupa. Tapi percaya tak, sebenarnya ramai juga yang ada penyakit lupa ini tapi dalam rupabentuk yang agak berbeza.

Tun yang pernah mengatakan Melayu mudah lupa pun kadangkala lupa ketika di mahkamah. Ada juga anak yang lupa untuk balik kampung melawat ibu ayah. Lupa no telefon. Lupa url address. Lupa nak call. Lupa jalan. Lupa isi minyak. Lupa bayar sewa rumah. Ada yang lupa birthday anak buah. Lupa kunci rumah. Lupa kunci kereta. Lupa matikan suis sterika. Itu belum termasuk yang agak tak berapa sedap bila lupa solat, lupa bayar hutang dan yang paling menakutkan, LUPA DIRI.

Nah, kini masalah lupa adalah masalah semua. Bukan hanya untuk golongon marhaen sahaja tetapi mencakupi semua lapisan masyarakat. Mungkin juga ini adalah masalah anda? Cuba ingat-ingat apa yang anda sudah lupa?. ada bukan? Bermakna ada lah penyakit lupa juga sedikit sebanyak. :P

Dalam pada nak mengatasi masalah ini, maman sudah mula menjinakkan diri untuk mengambil makanan tambahan yang mempunyai ekstrak Gingko Biloba. Selain fungsinya untuk melancarkan peredaran darah, ia juga dipercayai mampu menguatkan daya memori.*

dsc01013.JPG

Kalau tidak mempunyai memori seperti Adi Putra pun, cukuplah kalau setakat boleh mempunyai daya ingatan yang lebih baik.

“Otak Adi macam Ferrari tapi dibawanya macam Kancil”

 

Otak maman macam Kancil tapi dibawanya macam Ferrari.. *tak pengsan kaw?

P/S: Gingko Biloba boleh dibeli online melalui PosNiaga eShop.
___________________________________________________

* Katanyer ! there is promising early evidence favoring use of ginkgo for memory enhancement in healthy subjects, altitude (mountain) sickness, symptoms of premenstrual syndrome (PMS), and reduction of chemotherapy-induced end-organ vascular damage.

3 responses so far

Apr 21 2008

Membeli Impian

Published by maman under Uncategorized

Dari kecil anda mungkin sudah terpikat untuk menjadi angkaswan, jurutera, cikgu, ahli politik dan macam-macam lagi. Bila meningkat dewasa, ketika anda sudah tahu kepentingan wang dan harta dalam menjalani hidup yang sementara ini, impian anda mungkin secara relatifnya akan berubah.

Ramai yang takut miskin.

Bukan hanya kita seorang, ketika ini maman percaya ramai yang berkongsi menyimpan sekelumit cita-cita untuk memiliki duit berkepuk-kepuk. Pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM10K, menghirup udara Paris untuk bercuti, menyelusuri jalanraya dengan memandu kereta mewah, menikmati kedamaian dengan menghuni rumah mahal, menambahkan keselesaan dengan ubahsuai rumah sehingga RM70K atau sekurang-kurangnya kita boleh mendapat apa yang kita mahu tanpa perlu memendam rasa.

Siapalah yang tidak terdetik rasa cemburu dengan nikmat kemewahan segera seperti yang dikecapi oleh Mawi, Mila, pemenang RM1juta peraduan Telekom itu dan ramai lagi lah. Kerana bukan maman yang dapat, nak pujuk hati kita katalah “dah razeki diaorang… “ hehehe.

Nak tunggu bulan jatuh ke riba macam diaorang tu, entah zaman Rancangan Malaysia ke-berapa agaknya akan kita dapat. Kadang-kadang tunggu sampai ke hujung nyawa pun tak muncul-muncul juga tuah itu. Jadi ramai yang mula usaha sendiri..

Siapalah yang tidak mahu, bila mendapat duit pendapatan RM 40K bulan ini sedangkan gaji RM40K yang diterima bulan lepas belum lagi habis dibelanjakan. Tak terharu kaw?

Kita mahu menjadi orang biasa dengan pendapatan luar biasa.

Berbekalkan niat dan visi tersebut, usaha dikerah untuk mengubah visi menjadi realiti. Ketika ramai yang nekad membuat keputusan menjual Unit Trust, insurans, membuat perniagaan multilevel marketing yang bertali arus tumbuh bagai rumahurut lepas hujan itu, perniagaan internet, internet marketing, dll, ada juga yang memilih untuk bekerja di luar negara tanpa menyangka akan tertipu.

Sedih bila impian ini menjerat diri sendiri. Belum pun kita lupa tentang seorang gadis Kelantan yang terpaksa menjalani hukuman gantung sampai mati kerana menyeludup dadah di selatan negeri China, hari ini Norfaizura Azura Md Lias , 28 dan rakannya Dayang Sakienah, 20 sedang menunggu dijatuhkan hukuman setelah terperangkap dan ditahan di Malta kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Persoalan yang bermain di minda maman;

1. Macamanalah kalau tragedi seperti seperti Pn Faizura ni terjadi dlm keluarga kita sendiri? Ya Allah, mintalah dijauhkan
2. Adakah mereka berfikir tidak cukup panjang sebelum buat keputusan?
3. Apakah kisah yang sebenarnya berlaku? Apa sebab terbesar dia buat semua ni? )* kalau dia tulis blog mesti menarik kisah hidup dia… hehe
4. Bila sudah mendapat duit yang banyak itu, adakah itu makna sebenar ketenangan kehidupan seperti yang kita impikan selama ini? dan soklan last…

5. Malta tu di mana ya? Hehehe…….

3 responses so far

Apr 15 2008

Farewell…

Published by maman under Uncategorized

Kalau kita tidak meninggalkan, kita akan diitinggalkan. Tiadalah benda dalam dunia ini yang tidak akan meninggalkan kita suatu hari nanti. Meninggalkan dan ditinggalkan adalah perkara-perkara yang perlu kita alami dalam hidup yang fana ini.

puduraya.jpg

Dulu-dulu , kalau nak balik kampung, maman pernah kena ditinggalkan bas ekspress kalau lewat sedikit sampai ke pudu. Tapi kalau bas yang yang datang lewat daripada jadual, tak apa lah pulak. Macam tiada apa-apa kesalahan.

Ada orang meninggalkan sebab sudah sampai masanya, atau sudah tidak sayang, ada pula sebab inginkan yang baru (lebih hijau katanya), ada yang meninggalkan kerana sudah takdir dan ada pula yang disebabkan untuk boikot.

shellwildliefinal.jpg

Maman sudah meninggalkan Shell. Walaupun orang kata kempen memboikot produk Belanda susah mahu berjaya, tetapi hanya inilah yang terdaya. Minggu ini maman mulai memenuhkan minyak kereta dengan Petronas walaupun terbantut pergerakan point BonusLink maman itu. Tak dapatlah nak redeem payung atau mug. :P

Bagi Shell, biasalah customer come and go.

Letak Jawatan

Seiring dengan kempen boikot ini, 2 orang officemate maman merangkap klien maman akan meninggalkan syarikat tempat kami bernaung mencari sesuap nasi ini. Letak jawatan. Walaupun bukan termasuk dalam kempen boikot tapi unsur-unsur ‘malas nak layan kerja skg’ mungkin rasanya ada juga sedikit sebanyak. kan?. Ada juga yang bertanya-tanya maman bila pulak. Maman jawab “Saya tak tertekan, kenapa saya harus letak jawatan” sambil memandang keluar dari tingkap pejabat dan melihat;

Letak jawatan
:P

Bagi Boss, Biasalah staff come and go.

Maman juga tidaklah mahu ketinggalan untuk pergi ke Pesta Buku dan PC Fair 2008 walaupun dunia bacaan buku dan gadget ini sudah lama maman tinggalkan disebabkan duit dan masa yang ada tidaklah banyak mana tinggal. Di PC Fair, lebih banyak membuang masa daripada membeli belah. Terasa macam berlatih buat ibadat Haji. Orang terlalu ramai.

Bagi maman, biasalah money come and go.

Emak dikampung masih terus bertanya, bila untuk balik ke kampung lagi. Mungkin rindu dengan anak-anak yang seorang demi seorang sudah meninggalkan kampung halaman..

Bagi emak mungkin, biasalah anak-anak datang melawat dan pergi.

24282240.jpg

Tapikan..tak semua yang kita tinggalkan akan membuatkan kita rasa sedih. Cuba sesekali buat-buat tertinggal bayar hutang PTPTN atau kredit kad. Tak de la rasa sedih sangat atau betapalah tak sedihnya kita kalau tiba-tiba kita dapat surat dariapada PTPTN dan Credit Card ini mengatakan kita tak perlu bayar lagi sebab dia dah jemu dan sampai masanya untuk mereka meninggalkan kita…

Biasalah hutang come and go come.

3 responses so far

Next »