Mar 25 2008
Expect the Unexpected
Mungkin ada antara Ibubapa kita mungkin jenis yang agak sukar untuk menerima benda baru. Terutamanya kalau duduk kampung dan usia pun sudah agak lanjut. Macam bonda mamanlah.
Namun begitu, seiring dengan perkembangan pantas teknologi, jangan terkejut kalau mak kita yang tidak mendapat pendidikan formal itu boleh belajar teknologi baru seperti yang maman nak cerita ni.
Masa balik ke kampung hujung minggu lalu, agak terkejut juga maman bila mendapati mak maman yang sudah sudah ada 20 orang cucu dan hampir mencecah 70an itu sudah ada handphone sendiri. Dia beli RM100 lebih katanya. Yang menariknya, dia sudah pandai save number jiran-jiran dan saudara mara untuk memudahkan dia berhubung.
Walaupun Sebelum ini kebolehan dia belajar menggunakan peralatan elektrik seperti rice-cooker, tv, telefon, mesin basuh dan sebagainya memang tidaklah dapat disangkal namun tak lah maman terkejut sangat, tapi bila dia sudah boleh pakai handphone.. maman memang kagum.
Dia kata “senang je”.. syaratnya jangan tukar setting (mcm size font, wallpaper, sound dsb). Banyangkan dia sanggup suruh jiran kami tolong topup kan kalau kredit dah habis. Bila dia kata dia boleh check balance kredit dia kat handphone dia.. maman memang “speechless”. Ya lah, siapa sangka dia yang nak eja nama penuh maman pun mengambil masa lima minit (dulu mak maman mendapat pendidikan asas hanyalah di sekolah dewasa sekejap – jadi kadar celik hurufnya tu tidaklah secelik mak ayah orang lain) maka jika dia kata dia boleh ‘Check balance kredit dlm handphone” maman rasa itu sudah dikira satu ‘achievement’.
Masa maman di kg itu, dia sudah ajak maman pergi bandar ke kedai cermin mata, risau katanya cermin mata dia dah tak berapa clear.. (Memanglah kan mana nak nampak huruf2 dalam handphone yang kecik macam semut tu kan)
Kalau maman tahu dia minat benda-benda macam ni, dah lama dulu maman belikan satu. hehe. Jadi menarik pula bila dia pergi kekebun atau bersihkan rumput/halaman dengan handphone dipoket baju kurung lusuhnya..lepas tu letak cangkul sekejap, calling2 kekawan dia.. satu perkara yang maman tak pernah bayangkan sebelum ini.
Selepas ni memang maman terapkan konsep “Expect the Unexpected” bila pulang lagi ke kampung halaman. Nampaknya maman kena bersedialah kalau-kalau lepas ni, bila maman balik kampung tetiba mak maman akan tanya
“OK tak layout myspace mak ni”
atau
“cuba check blog mak.. mcmana nak besarkan huruf”
atau
“kejap… mak tengah webcam dengan makcik ko dekat YM ni”
atau lagi haru kalau dia tanya;
“kenapa blog mak lebih banyak hits dari blog ko???”
*Pengsan!.




