Archive for March 21st, 2008

Mar 21 2008

ini lepas punya cerita..

Published by under Uncategorized

AF bukanlah satu yang wajib bagi maman nak tengok. Cuma kemeriahan orang memperkatakannya sahaja yang menjadikannya HYPE!.

Musim ini masih maman tak tonton lagi disebabkan oleh keadaan astro yang di’block’ oleh orang atas masih tidak selesai. Budak serumah termasuk maman pun busy (a.k.a malas) untuk follow up dengan jiran atas. Jadi natijahnya.. tengok sahajalah tv yang blur lagi tak mesra mata siarannya itu. Nampaknya kena update di u-tube sahaja lah. Itupun kalau rajin.

***

Semalam ramai orang mengunjungi Ampang Bowling Center (Ampang Point) termasuk maman dan juga opismate (BocahCilik). Walaupun tak seramai seperti Ampang Bowling Center cawangan Times Square yang mejadi pusat sehenti budak2 gigs itu, Bowling Center ini mempunyai ‘kekuatan’ yang tersendiri. Kalau tidak masakan kami LEKAT untuk menambah dari game ke game sehingga 4 games semuanya. Dengan markah tertinggi maman hanya 110 jatuhan pin (setelah diasak ke pusingan 4 kerana prestasi kurang meyakinkan diperingkat permulaan) rasanya masih tak layak untuk masuk tournament 5 hb April ni. Aduh! Bila la nak practise lagi ni..

*sebenarnya LEKAT sampai 4 games sebab tak puashati dengan jumlah jatuhan pin yang alahai… (budak kecik sebelah lane kami pun lagi tinggi markahnya) huhu

Balik dari tempat liburan ini, sempat lagi maman dipengaruhi oleh salesman ini untuk register Diners Club Card. Charge card yang seperti kad kredit. Bukan nak pakai pun tapi nak tolong mamat ni cukupkan target dia untuk hari itu. Harap-harap betullah apa yang dia cakap bab tak ada kena bayar/charge apa-apa pun itu.

***

Minggu lalu juga rombongan opismate ke MUARA, Pelabuhan Tanjung Harapan Klang berjalan dengan LANCAR sehingga ada ahli yang ingin mencadangkan untuk membuat lawatan susulan ke tempat lain. Tapi tak nak maman drive, lambat. Sempat kira tiang lampu kata nya. :P

***

Maman akan bergegas pulang ke kampung hujung minggu ini walaupun tidak bercuti pada Jumaat. Kak Long nampaknya bersungguh-sungguh untuk buat perjumpaan semua adik beradik. Agak hairan juga sebab selalunya cuma hari raya sahaja kami adik beradik berkumpul. Ini mungkin pasal tanah pusaka arwah ayah yang sekangkang kera itu.

No responses yet