Mar 13 2008
Haiwan Nokturnal
Haiwan yang memburu mangsa pada waktu malam adalah antara ciri untuk haiwan yang dikategorikan dalam haiwan Nokturnal. Kalau ada manusia yang berperangai haiwan dan mencari mangsa pada tengah malam buta , maka dia mungkin juga sanak saudara si noktural ini..
Ingin mengetahui haiwan-haiwan ini?. Anda boleh jumpa haiwan jenis ini di hampir semua jenis habitat di hutan rimba di Malaysia ataupun anda boleh mengunjungi Pejabat Pos berdekatan untuk melihat haiwan ini kerana hari ini haiwan jenis ini diabadikan untuk setem kenang-kenangan.
Jangan ketinggalan untuk melihat rupa paras mengancam si Tikus ambang bulan (moonrat), Teeldu(Mydaus javanensis), Kucing tulap, Keluang, Kongkang dan rakan-rakannya yang selalu keluar malam itu, maka dapatkanlah segera edisi setem terbaru ini dipasaran atau anda boleh mendapatkannya online di https://www.posonline.com.my
Renung-renungkan dan Selamat mengumpul setem. ahaks!
P/S: Setem Kongkang dan kera hantu masing masing bernilai RM3 dan RM2 ditampilkan ISTIMEWA Glow in the dark




