Dec 21 2008
2008 yang bakal ditinggalkan dan BILIK SULIT
2007 dan 2008 maman menghuni rumah yang dindingnya tidak pernah sempurna ini.
Gaya binaan flat berkos rendah ini seolah-olah disiapkan tanpa pernah dipedulikan tentang kemasan akhir. Dindingnya masih ketara blok-blok batu yang tersusun. Bagai menggambarkan masa membinanya sangat tergesa-gesa dengan kos yang minimal. Jika si buta meraba dinding dari pintu masuk hingga ke dapur, dia boleh mengira berapa blok batu yang digunakan untuk membina dinding kediaman ini. Tekstur tidak rata yang amat ketara.
Namun begitu inilah kondominium di hati maman. Disini maman terlindung daripada hujan dan panas untuk melepaskan lelah, dan disini juga maman dapat melihat siang berganti malam dan hari berganti hari. Dari tingkap, bukan hanya cahaya matahari menerbos masuk ke rumah, tetapi kadangkala burung-burung kecil juga mencuri-curi masuk. Mencari saki baki makanan di ruang dapur.
Masih lagi bertuah jika dibandingkan jika terpaksa menghuni bilik kurungan ISA seperti yang digambarkan dalam teater BILIK SULIT oleh Hishamuddin Rais. Tempat dimana anda tidak akan dapat mengetahui lokasi anda berada, malahan siang dan malam sudah tidak dapat dibezakan. Dan melalui teater ini anda daptat lihat sendiri apa aktiviti yang anda lakukan jika berada dalam tahanan. Pernahkah kita kisah selama ini??
(BILIK SULIT dipentaskan di Bar Council Auditorium, Level 1,20/12/2008 (Saturday), 21/12/2008(Sunday) 22/12/2008(Monday), 23/12/2008(Tuesday), Time : 8.30pm. RM10 dikenakan untuk sumbangan kepada keluarga tahanan)
Apapun, yang sudah pasti 2008 sudah berada dipenghujung. Segala yang telah tercatit sepanjang 2008 bakal menjadi sejarah. Banyak juga yang tidak manis untuk dikenang-kenangkan. Yang manis, maman pahatkan sebagai bekalan untuk menuju goal yang telah maman set untuk 2009.
Selamat datang 2009! Selamat Hari Natal dan Selamat Menyambut Tahun Baru!





hmmm…apa agaknya goal maman yang dah di set untuk tahun 2009 tu ye?
mungkinkah untuk melipat gandakan pendapatan by mid 2009? atau mungkinkah untuk terus memikirkan promo-promo menarik untuk client dari bilik “SULITnya” yang terang benderang di ofis itew? Ups! selamat tahun baru juga dan sebelum pergi bercuti tahun baru jangan lupa “tutup pintu & lampu” bilik ya!!…
akak,
jangan risau tentang itu, saya akan pastikan LAMPU DIBUKA DAN DITUTUP. Jika saya terlupa saya akan SMS !. hehe
Seronok ke cuti??